stand up higher
Posted on Monday, December 9, 2013 at 02:01

Assalamualaikum
Alhamdulillah, segala urusan aku dah selesai. kini yang tinggal hanya empayar, dalam pembikinan sebab sebelum nie terbengkalai. aku bersyukur kerana Allah kabul kan doa aku, terima kasih ya Allah. hanya Kau aku bersujud & meminta, kini masa nye untuk aku bangun :)

kekasih sekarang dah kembali ke Taiping, sama-sama dengan aku. aku akui memang jauh tak sama macam di pulau impian dulu, tapi sekarang aku bahagia sebab tuh salah satu pengorbanan dia terhadap aku. Allah uji aku satu demi satu, Dia ambil sesuatu yang amat berharga buat aku. aku ikhlas kan hati & redha akan kepergian dia, namun aku & kekasih tak pernah berhenti mendoa kan dia agar dia selamat sentiasa.

kenyataan nye, kini aku menanti baki 22 hari lagi untuk kembali bekerjaya. hampir 128 hari aku berehat, kulit tak tersentuh dek matahari. makin putih kulit aku tanpa krim Garnier ;) kata orang aku perlu nikmati hari-hari cuti aku, tapi dah 2 tahun lebih aku bekerjaya & tak tahu nak berehat. ouh, kawan-kawan dah banyak habis belajar & kini sibuk mencari kerja. aku doa kan korang berjaya capai impian korang :)


certificate Programme for safety & health officer. kursus nie suppose last year aku attend tapi aku degil, aku dah seronok jadi barista dekat Starbucks ==' company abah makin down sekarang, logistic have a higher demand so aku perlu gak attend kursus nie for next year. tapi aku attend 5 May, awal tahun punya program banyak. insyaAllah aku akan attend, for the sake of my dad & my future actually.

ouh, sebelum nie aku menghilang sebab tengah rawat luka. cuci luka dengan iodin, pedih tak terhingga sebab aku telan iodin tuh. ye la, hati kat dalam. tak kan aku nak operate kua hati aku ==' hha, pape pun sekarang Alhamdulillah semua oke. kalau kawan-kawan aku tahu ape yang aku buat nie, mesti diorang bangga. aku ingat lagi penangan yang budak bukit jambul tuh dapat, sia-sia je hidup. tapi sekarang aku dah matang, tak kan budak hingusan cuit aku sikit pun aku dah nak melenting? tak matang beb, so aku diam. ibu pesan sujud adalah waktu yang paling kita dekat dengan Allah. solat hajat plak salah satu waktu yang doa kita akan di kabul kan Allah. ye, aku dah berubah.

aku mohon pada Dia agar aku terpelihara dari hasad dengki & sikap aku yang kurang sabar, doa untuk keluarga & kawan-kawan. akhir sekali doa untuk jodoh aku dengan kekasih, hubungan 3 tahun tak mungkin aku nak sia-sia kan hanya kerana satu masalah kecil sebesar hama. tak sangka, Allah beri peluang nie pada aku. hanya Allah yang tahu betapa sukar nye aku nak hadapi semua nie. memang perit tapi aku tak boleh bersangka buruk pada Dia, aku redha & cuma mampu mohon di ringan kan ujian nie.

Diela dah settle SPM, now waiting for result SPC. pe jadah SPC tuh tak plak la aku tanya tapi hal MRSM punya la, hhu. moga result kau gempak ye, kalau tak lupa kan la London. hhe, aku tahu kau dah buat yang terbaik. insyaAllah 15 January 2014, ibu akan tunai kan umrah di tanah suci Mekah. semoga Allah buka seluas-luas nye pintu rezeki aku, sebab dari awal usia aku lagi aku nak ibu abah ke Mekah tunai kan haji dengan hasil titik peluh aku. harap Allah izin kan :)

like always, haters gonna hate. ade yang tak percaya namun aku peduli ape, kebenaran hanya aku & Allah yang tahu. kalau banyak menyangkal, kau akan jatuh kan fitnah atas aku & percuma aku dapat pahala. aku kini dalam proses perubahan, nak kena simpan belang. atas izin Allah, 2014 tahun terakhir untuk aku habis kan zaman bujang. boleh macam tuh? hha.

p/s; terima kasih ya Allah, Kau uji tanda Kau sayang. aku cuma mohon cukup la satu Kau ambil, tinggal kan yang lain untuk aku. aku janji aku akan jaga mereka sebaik mungkin, aku tak kan sia-sia kan peluang terakhir nie :')

Labels: , ,

empayar
Posted on Sunday, November 17, 2013 at 23:07

Assalamualaikum :')
kan aku dah kata, langit tak sentiasa cerah. bulan tak sentiasa temani langit malam, pelangi makin luntur warna nye. air mata yang menemani setiap malam, tak kira gembira atau sedih namun hati tetap terkunci dalam. takut kalau jahitan lama terbuka. 

ingat lagi kisah empayar aku? kali nie, pulau jadi kenangan terindah. seribu satu kenangan dekat sana, tak terkira nikmat nye. cinta, kawan & lawan. semua akan jadi satu ukiran atas pasir pantai, yang semesti nye bakal di pukul ombak lalu hilang dari pandangan. 

ade yang jijik dengan cara aku menulis, kata dia aku cakap kosong. kata dia pula, aku hanya pura-pura. tapi, masih dengan kata-kata yang sama " haters gonna hate ". aku tak peduli, itu kata orang. hati aku biar Allah je yang pelihara, dulu mungkin aku cepat melatah bila ade yang cuba halang perbuatan aku. tapi, maaf aku dah berubah. aku dah matang. 

come on, hidup nie sementara. bina empayar kau sendiri, jangan musnah kan empayar manusia laen. kau iri, kau dengki tapi aku tak peduli. empayar tuh tak kan aku biar terbengkalai, itu satu-satu nye impian aku & aku tak kan sia-sia kan. korang tak ade kat tempat aku, jadi korang tak kan faham. 

gembira, tawa, sedih, keluh kesah, tangis, hinaan, caci maki, kebencian, keikhlasan & macam-macam lagi. itu dugaan, semua tuh yang akan menghiasi dinding empayar aku. biar tercoret sebagai kenangan, aku tak kisah sebab itu pengalaman.

setiap orang punya empayar, namun berbeza dari segi tempoh. ade yang cepat siap, ade yang amek masa bertahun-tahun & ade yang langsung runtuh bila siap. empayar aku? dah 70% siap, tapi terbengkalai. masih menanti aspek-aspek laen, mungkin empayar aku kelak tak seindah taj mahal.

kekadang, ade yang ego. mahu bina empayar sendiri tanpa bantuan orang laen. maksud aku kawan. tak, bukan bantuan dari segi kewangan tapi dari segi ukhuwah. Alhamdulillah, ade yang bersama aku. dia tempat aku mengadu, kawan yang aku tak sangka boleh mendampingi aku. tapi, betul. tak semua dia akan tolong, tapi aku hargai sebab dia ade ketika tuh. dia tetap kawan terbaik, aku yakin empayar dia lebih indah nanti. 

kelmarin, empayar aku rosak. retak satu tiang, kalau tiang tuh runtuh maka runtuh semua nye. aku sedih, aku tak tahu nak baiki macam mana. siang malam fikir, kemudian aku tak ade cara laen melaen kan memeluk tiang tuh. aku tak kan lepas kan sebab aku sayang empayar aku, lama berdiri namun belum tahu bila akan siap. aku menangis, sampai bila perlu aku bertahan untuk peluk tiang tuh. kalau aku lepas kan, pasti runtuh. 

ye, kalau runtuh memang aku akan bina semula. tapi, kuat ke aku pada ketika tuh? kawan aku cakap aku kuat, aku tak pernah mengalah. ye, memang tapi aku tetap perempuan sama macam yang laen. macam baju kalis peluru, tembak memang tak tembus dada tapi pedih kena das tembakan tuh rasa sampai ke jantung. tuh belum kena pump gun. 

sekarang, hanya mampu berdoa pada Allah yang maha Esa. supaya empayar aku kekal sampai akhir hayat, insyaAllah. semoga tiang yang aku peluk nie, akan di baiki kelak. sebenar nye, lebih indah andai empayar nie di bina sekali saja seumur hidup. empayar yang terbina kerana hati yang ikhlas. 

p/s; aku sanggup bertahan sebab Allah dah rencana kan sesuatu untuk aku :)

Labels:

suara cengkerik
Posted on Friday, November 15, 2013 at 16:35

Assalamualaikum
tak lama lagi, semua akan kembali pada asal. sebenar nye, tuh perancangan aku namun belum pasti Allah izin kan atau tak. pada ape yang aku nampak, aku akan kembali seperti dulu. bodoh macam dulu :(

gelak ketawa, senyuman, tangis sedu, marah dendam, keluh kesah semua nye tertanam dalam sangat. tak boleh nak luah kan sebab rasa sengsara kalau tersilap langkah lagi, dulu kawan aku cakap aku hati kering. ape aku rasa nak cakap, aku bedal je. memang betul pun, aku memang hati kering. ape aku nak peduli dengan perasaan orang laen?

tapi, bila dah matang macam sekarang masih ade sisa-sisa hati kering tuh bila terlampau dengar hasutan syaitan :( bila dah jadi, hati orang akan terluka. nak putar balik masa, tapi semua tuh mitos tentang mesin masa. doraemon? sembang dengan budak-budak la bab poket dia tuh. semalam, sampai pening kepala fikir macam mana nak buang perangai hati kering tuh. last, aku teringat ustazah selalu cakap setiap malam sebelum tidur muhasabah diri. fikir balik ape yang dah kita buat hari tersebut. 

kebetulan semalam 10 muharam, ibu cakap elok kalau berpuasa. Alhamdulillah, aku selesai tunai kan puasa & aku sempat buat solat hajat. manusia banyak hajat, macam-macam manusia mintak. ade yang mintak nak jadi kaya, nak kawen ngan anak dato', nak dapat keje bagus-bagus, macam-macam. tapi, aku tak mintak banyak pada tika nie. biar la aku ngan Allah je tahu, semoga segala ibadat aku di terima Allah. 

sampai pukul 2 pagi, nampak cahaya kat langit gelap. guruh, tapi awan tak kelihatan untuk limpah kan air hujan. terbaring kaku atas katil sambil mata melihat siling rumah, terdiam seketika & cuba kosong kan fikiran untuk mula muhasabah diri. tiba-tiba terasa macam berdepan dengan diri sendiri, suara datang dari hati berdialog bertanya kan ape yang terjadi hari nie. aku diam, rasa macam nak menangis tapi air mata dah kering. 

" ape yang kau nak sebenar nye? kau ikhlas atau tak? ape lagi yang Allah tak bagi? kau faham maksud berserah? kau pernah rasa kekurangan? kau pernah terfikir soal mati, soal syurga? untuk siapa kau terus kan hidup? kenapa Allah uji kau & kenapa kau di uji? "

aku tergamam, betul. tuh semua soalan yang tak pernah siapa tanya & hanya hati aku yang mampu menyoal diri aku sendiri, puas beristighfar. sekali lagi, aku cuba jawab satu persatu. tapi, macam nak pecah kepala bila tahu hakikat sebenar. teringat pesan ibu, ikhlas kan hati untuk berubah supaya ape yang kita nak insyaAllah Dia tak kan teragak-agak untuk kabul kan. 

jadi, aku sedar & nampak mana silap nye. jawapan yang hampir 21 tahun aku cari, akhir nye sekarang dah terjawab. aku tak menghargai ape yang Allah bagi, tak pernah bersyukur atas nikmat yang aku ade. tak pernah nak berterima kasih dengan kehadiran makhluk ciptaan Nya yang dah banyak membahagia setiap sudut di ruang hati. lalai. bila susah baru cari Dia & bila dah dapat tak sampai sesaat lupa nak ucap Alhamdulillah. sedang kan Dia tak pernah lupa sesaat untuk benar kan kita bernafas kat muka bumi nie.

ya Allah, besar sangat dugaan nie. lepas semua nye jelas, hati rasa tenang. suara tadi banyak berpesan supaya ikhlas kan hati dalam setiap perbuatan, ternyata banyak kesilapan :( syurga neraka milik Allah, segala nye milik Dia. suara tuh hilang, ntah ke mana. aku cuba lelap kan mata, sambil berdoa agar Allah beri petunjuk pada aku. semoga aku tak kan hilang orang-orang yang aku sayang, berharap mereka akan sentiasa ade dengan aku sampai hembusan nafas terakhir. 

memang setiap manusia lakukan kesilapan sampai terabai hati manusia laen, aku terus kan hidup dengan melihat masa silam. aku kuat kerana masa silam & aku tak nak ulangi kesilapan aku yang pernah aku buat dulu, aku tak nak. aku mintak maaf, bukan niat aku nak luka kan hati kau tapi hati terlampau marah sampai aku hilang pertimbangan. kau banyak mengajar aku erti sayang, maaf kan aku. mungkin aku salah menilai setiap warna yang ade pada kau wahai sang pelangi, maaf kan aku :(

Labels: ,

selepas 1215 hari
Posted on Wednesday, November 13, 2013 at 03:33

awak, dari dulu saya suka sangat dengan awak. walau pun agak kekok saya melihat awak pada pertemuan yang tak sengaja tuh, namun sikit sebanyak ade yang istimewa di dalam diri awak. ternyata betul dugaan saya, tahi lalat dekat dagu awak buat awak nampak comel sangat :)

dah mula suka namun belum pernah terlintas nak menyayangi awak pada saat tuh, hati saya belum pulih sepenuh nye. hati saya masih bernanah :( awak jadi kawan baik saya pada masa tuh, awak jadi tempat saya tunjuk kan siapa sebenar nye saya. saya tak pernah berlakon depan awak, masa cinta zaman dulu saya kerap berlakon. berlakon lembut & ayu, macam perempuan melayu terakhir.

tak sangka, awak langsung tak kisah dengan perangai kasar saya. mengalah kan awak plak kan? awak pandai bergurau, pandai buat saya senyum. tak sangka awak ambil berat tentang saya, saya nampak tapi saya diam & cuba lari dari kenyataan. sebab, saya tak berani nak serah kan hati saya pada awak. saya lari, tapi banyak masa saya terluang dengan melihat awak dari jauh. 

saya dapat rasa keikhlasan awak. awak jadi kawan yang terbaik waktu tuh, awak tak selindung pape pun dari saya. semua awak cerita, saya suka. saya seronok tengok senyuman awak, gelak ketawa awak yang tak pernah kenal erti sedih. awak cukup kuat, saya tak tahu macam mana awak lalui semua tuh tapi saya tahu hati awak pun sama macam saya kan?

awak ingat lagi nyanyian awak atas pentas tuh? saya tak tahu awak nampak saya atau tak, sebab saya tak lepas walau sesaat pun melihat awak. ye awak, cinta tak kenal siapa. pada tika tuh, saya tak tahu untuk siapa awak nyanyi kan lagu tuh. tapi hati saya rasa lagu tuh awak nyanyi untuk saya :')

saya ingat lagi, selepas banyak kali awak luah kan perasaan awak pada saya awak tak pernah berhenti mencuba & saya pplak tak pernah nak mengaku pada awak. akhir nye, saya milik awak. awak terima saya seada nye, saya tak tahu ini akan berakhir dengan kebahagiaan atau sebalik nye. namun, saya percaya akan keikhlasan awak. 

awak. dugaan kita cukup besar, tak pernah berhenti Dia menguji & tak pernah plak kita berhenti mencuba. selepas 3 tahun, awak masih kuat bertahan. saya kenal awak, awak tak pandai sorok kan emosi awak. saya tahu kekadang saya salah anggap, saya pun manusia macam awak. masing-masing ade ego sendiri, tapi saya tak pernah salah kan awak. tak terkira ape yang saya ungkap kan, saya pernah putus asa. saya nak berhenti dari mencintai awak, tapi. saya tak tahu, saya tak tahu macam mana nak lupa & benci kan awak.

pada saya, awak anugerah terindah. saya mahu mencintai ketidaksempurnaan awak, itu yang saya mahu. peduli kata orang, awak tetap awak. awak baik, orang tak nampak tapi saya nampak. saya mencuba awak, tak pernah sedetik saya berhenti. awak ingat lagi janji awak, janji saya? saya tahu saya degil, tapi degil saya kerana sayang pada awak.

semoga usaha saya tak sia-sia, awak tak macam orang laen. awak tak pandai nak tunjuk perasaan awak pada saya, saya akui kekadang susah nak tengok awak romantik. tapi saya tak kisah, awak tetap awak. saya harap awak tak kan lupa kan saya walau pun sesaat, saya tengah berusaha sedaya upaya saya untuk buat awak tersenyum. dulu saya tak matang, tak pandai nak buat keputusan. sekarang, saya tahu nie pilihan saya. saya harap, semua nie berakhir dengan penamat yang baik. 


awak. walau pun dah lama kita bersama, kekadang saya tak pandai tafsir nada suara awak. hati saya cepat terusik, jahitan lama pada parut tuh macam di buka. saya takut berdarah balik, sakit sangat. tapi, awak tak pernah berhenti kan? aku kuat demi saya kan? terima kasih awak, awak mencintai ketidaksempurnaan saya. sekarang, giliran saya. saya harap awak tak kan lepas kan genggaman tangan saya, saya nak bawa awak ke pulau tuh. nak awak bantu saya bina empayar yang sama-sama kita pernah impi kan dulu, moga Allah bantu saya.

p/s; walau pun tarikh dah lepas jauh di belakang, saya nak ucap kan happy anniversary yang ke-3 & selamat hari jadi yang ke-23 untuk awak :')


Labels: ,

ketidaksempurnaan :')
Posted on at 02:35


Assalamualaikum. 
lewat malam, gelap sangat. tak ade bintang, awan pun tak ade. senyap sunyi malam nie, angin langsung tak menyapa pipi. 

bayang kan itu bagai hati aku, mengeluh tak sudah. jauh fikiran aku melayang, terlempar kat sebuah pulau yang memang dah lama aku tak jejak. impian dari habis sekolah lagi, nak bina sebuah empayar kat pulau tuh. 

pulau yang tak pernah tidur & penuh dengan mimpi yang ternyata mengaburi mata setiap yang melihat, Alhamdulillah. ciptaan Allah yang terlampau indah walau pun penuh dengan kedustaan manusia. pada aku, pulau tuh tetap indah. sama indah dengan impian masa depan aku kelak. 

hakikat nye di dunia nyata, aku masih kerdil. siapa pun tak hairan akan kehadiran aku, hha. begitu juga dunia, penuh onak & duri. impian bina empayar sejak melangkah keluar dari tempat pengajian tuh, nak memiliki semua sebelum mereka dahului aku.

kata orang, dalam kamus hidup perlu ade satu perkataan yang tak kan lekat. pada aku, penyesalan. aku tak menyesal dengan langkah aku pada tahun september 2011 tuh, tak perlu tahu mana titik permulaan. hanya Allah yang tahu :')

masa tuh, impian untuk bina empayar terlampau kuat. gigih aku lakar kan, penuh warna penuh keriangan. tapi, tak sangka setiap yang aku lakukan ade hikmah sebalik nye. jiwa tak tenteram & mungkin awan hitam sering meliputi langit biru, makin lama makin pudar impian bina empayar tuh. 

yang tinggal hanya mimpi, jarang sangat nak ade perasaan iri dekat manusia laen. tak kisah sebab rezeki masing-masing dah di tentu kan sejak dalam perut ibu & hati aku yakin yang masa untuk bina semula empayar yang terbengkalai tuh akan tiba tak lama lagi. 

mungkin niat sebelum nie tak betul, jadi kali nie rasa nye awan putih yang akan penuhi langit :) sang pelangi sentiasa ade, walau pun kekadang hampir pudar warna dia namun masih kekal pada pandangan mata aku. wujud nye sang pelangi nak mewarnai kehidupan manusia, kekadang kejar langsung tak dapat nak dekat sebab sang pelangi tuh ciptaan Allah yang terlampau istimewa. sampai masa nye, sentuh la sang pelangi yang tak ade permulaan malah tak ade penghujung :')

menitis air mata bila fikir kan empayar di pulau indah tuh, bila agak nye akan siap? dah cukup aspek dari segala segi? atau, ruang di pulau kayangan tuh sudah penuh & aku harus lupa kan empayar bahagia tuh? ye, Allah tentu kan sebab Dia yang cipta kita. namun tak pernah menjadi satu kesalahan, andai kita lakar impian tuh seluas langit. kan?

yang di uji nie, hati nye terlampau kecil. banyak kali di serang peluru, bina tembok yang tak cukup kuat bertahan. dah di rawat, namun parut tak nak hilang. hakikat nye, yang pahit tak mampu di buang jauh. tetap lekat di tengah-tengah lubuk hati, aku biar kan. harap itu mimpi ngeri yang datang singgah bagi amaran, sebab hati kecil nie punyai jiwa besar. tak mampu berhenti & sentiasa menanti kehadiran peluru yang mahu menembusi hati nie, berani cuba sekali lagi?

kali nie, aku dah cukup bersedia. empayar tuh akan siap, aku yakin! banyak harta karun yang aku simpan di pulau tuh, banyak cebisan hati yang di makan peluru tertinggal di sana. berjuta janji yang aku belum tunai kan, dengan izin Dia moga semua akan di permudah kan. aku tahu, semua nie agenda manusia.

percaya la, pada siang hari langit tak sentiasa cerah. pada malam hari tak siapa sangka bulan akan gelap, sejauh mana kau lakar impian kau jangan biar kan awan hitam basahi coretan tuh. 

p/s; duhai pelangi, warna kau cuma hiasan dunia. keistimewaan kau membuat aku sentiasa perlu kan kau, bila kau hilang aku akan terus cuba mencari & ternyata kau tak pernah hilang. kau sentiasa ade, di hati aku :')

Labels: ,

manusia
Posted on Tuesday, November 12, 2013 at 01:54

Assalamualaikum ;)
macam biasa, mata tak mengantuk. blog makin berhabuk, hhe. semalam hujan lebat, lena sangat tido. vitamin semua dah makan, keluar jalan-jalan makan angin je belum ><

sebenar nye, aku ade hajat. hajat nie dah tertanam dalam, lama sangat. siram air tak gak tumbuh-tumbuh ==' insyaAllah, aku rasa mungkin ini masa yang sesuai untuk hajat tuh tumbuh mekar. mungkin jadi pokok bunga sakura :)

dulu masa sekolah, bertudung. tapi lepas habis sekolah, pakai tudung time nak pegi keje je. hhu, kemudian makin lama terbang dek angin plak tudung. terus berubah wajah, haishhh. masa keje starbucks dulu, rambut dah start sodok tepi. amek kau, customer pun tanya mana bikin =='

aku sejak start keje penang tahun 2011, kerap pegi saloon rambut APT kat Jusco Bandar Perda. tempat laen tak pegi, situ kira aku ngan hubby regular customer. masa nak potong rambut aku tuh, hairstylist tuh nama Sherlee tanya dekat 4 kali betul ke aku nak potong macam tuh. tak larat cakap ye :) ingat lagi, masa tuh lepak dekat 1st Avenue ngan hubby. hhe, kat ground floor ade event ape ntah. ade brader cina nie, melintas depan aku sambil senyum & angkat tangan simbol rock =='

balik rumah ibu abah tak yah tanya la, hhe. dekat 2 kali aku buat style tuh, sampai si Diela pun gedik ikot. bongok, kan aku yang kena sembur ==' lepas kena sembur tuh la yang aku tak buat dah, simpan panjang je sampai sekarang. 

kalau yang rajin tengok wall facebook aku, mesti nampak perubahan. aku dah kurang cakap-cakap kasar, dah tak post benda maki hamun bagai. sekarang, lembut je bahasa. eceh, menggeletis ==' tapi ade sebab. sebab nak berubah, jadi yang lebih baik. kawan-kawan time sekolah memang kenal sangat ngan perangai aku. kalau tak cakap or gurau kasar, demam panas la agak nye aku ary tuh.

orang cakap, nak berubah kena pelan-pelan kayuh. nie memang tahap pelan dah nie, hhu. fix dalaman dulu, kemudian pelan-pelan fix luaran. bukan ape, kalau fix luar tapi dalam tak cantik tak kena gak beb. takut jadi hipokrit plak nanti.

rasa nye sekarang Alhamdulillah, dapat rasa yang dalaman dah tenang. korang tak nampak tapi aku yang rasa, lapang sangat dada :') so sekarang tengah dalam proses nak fix luaran, hee. sebenar nye, hajat yang aku maksud kan tuh berhijab. bukan nye tak de niat langsung sebelum nie. tapi bila tengok orang pakai tudung hanya sebab nak cantik & bukan sebab nak tutup aurat, aku jadi meluat & takut aku pun macam tuh.

fakta nye, ade pakai tudung sebab mak ayah suruh. ade yang nak nampak cantik macam Diana Amir, ade yang bertudung tapi pakai t-shirt nampak bulu ketiak. bagai la ==' bukan kutuk, tapi aku rasa ramai nampak benda nie kan? insyaAllah, aku rasa hati aku dah ikhlas nak berhijab. 


hhe, malas cite panjang. jup lagi ade yang meluat, aku cuma mintak yang hajat kali nie berbunga la :) sejuk mata ibu abah aku, sejuk hati bakal suami. ye encik Amir? hhu. doa kan ye, moga ini la saat yang aku tunggu selama nie. 

p/s; " ayah adalah salah satu dari kaum lelaki yang akan di heret ke neraka kerana anak nye tak menutup aurat. andai dah bersuami, suami pula yang akan bertanggungjawab kalau si isteri dedah kan aurat nye "

Labels:

a bigger heart
Posted on Monday, November 11, 2013 at 12:49

      

today, i simply left everything behind. but i keep on smiling for everything in front of me, well things do change but hard for me to do so. 

all i can say is, 31/10 was a great day. it took me almost 3 months to survive, Alhamdulillah everything was perfect. they have to continue my mc until 18/12, it's oke. at least i've got time to improve my walking, because right now i walk like 90% normal. hhe, a better life maybe?

my family. they never stop praying for me, sometimes there's a tear when i hear her voice asking about my wellness. mum was awesome, she had a bigger heart than i am. dad was a bit shy to show his love but i notice that, hhe. he's the one who always ask me to walk without any support, without him i think there's way to much time will be wasted just to learn how to walk. Diela was in war now, hope she didn't get kill by all the question on SPM paper this year. Qiela & Danish, they miss me a lot ;)

my sugar. since everything was like a wreck before, now i could see how strong you are. i keep on saying bad thing, making you feel desperate sometimes. i just wanted to say that i'm sorry, we've never been in this situation & it's awkward. but, your heart were tougher than mine. you never lost hope, you never quit. you we're there when i really need you & thanks for making me feel that way, every single fight make us grown much more than love. en en en sayang? hhe. 

friends. well, i could count with my finger now. there's no need thousand friends when just 10 of them were actually your friends. when i realize that, i fell numb. what a surprise, but you see we can't really judge them. maybe they got things to do :) a great hug for Sasa that give me support from day 1, she's the one who told me that i couldn't stop. the others too, sorry couldn't mention all the names because i'm afraid i missed a single name & things will get silly after that ==' let just God repay all your kindness, i'm really thankful. 

erk, i felt like i'm on stage with a mic giving thankful appreciation ceremony ==' i've learn a lot since 3/8. i'm sure the past could make me grown bigger & a better heart but now i'm concern, yea. well, you know. after almost 3 months i didn't go to work, a lazy bone was created. hha, never mind. i'll be fine, just keeping my head straight.

2014 will be a new year & a new beginning for me. i heard that so many event will be held on that year, hhe. enough chit chat, got things to do. take care guys & thanks for those who never stop praying for my wellness :')

Labels:

senyuman ;)
Posted on Monday, October 28, 2013 at 02:59


tak lama lagi dah nak pegi 2nd check up, 31/10 akan datang nie. Alhamdulillah, 90% dah oke & kaki pun dah tak bengkak macam dulu.

perkembangan? hhu, dah boleh jalan dah weh. tak payah pakai tongkat, cuma ye la tak kan la baru patah kaki 2 bulan dah boleh berlari kan? hhe, masih bertatih macam baby comel. slow tapi penuh semangat ;)

tapi masa 1st check up tulang kecik belum bercantum, tulang besar Alhamdulillah dah start growing. kali nie tak tahu la, tapi pada pendapat aku sendiri rasa nye dah bercantum & tengah dalam proses growing balik. tengok la keputusan 31/10 nanti macam mana. 

pape hal pun MC kena continue beb, kau gila nak lepas MC sebulan? hhe, insyaAllah bia betul-betul kuat kaki nie baru aku start keje balik. lagi pun trauma tak hilang lagi beb, wuuu. 

pada kawan-kawan aku yang sedang mengalami masalah yang sama, sabar ye. insyaAllah, kalau kita berusaha untuk sembuh Allah akan permudah kan. selalu la mintak dengan Dia, Dia akan kabul kan. cepat atau lambat je.

ouh, alang-alang dah tulis dekat blog. ape kata korang yang ade masalah patah atau ape-ape je yang berkenaan tulang apply baca surah yasin. kalau macam aku, setiap kali lepas solat magrib baca yasin dekat air kemudian pada ayat 78 & 79 ulang la dalam 2 atau 3 kali & hembus dekat air. masa baca jangan la lupa niat kenapa baca ayat tuh ye ;)

jiran yang share ilmu nie cakap kalau rajin sapu la air yasin tadi dekat tulang yang bermasalah tuh, minum pun boleh. buat je, asal kan niat nak sembuh. oke? hhe. 

tak pe la, bukan banyak pun aku nak share. tuh je, next post la ye aku bebel kan lagi. hhe, terima kasih dekat kawan-kawan yang dah banyak membantu & berdoa dekat hamba Allah nie.

p/s; bila jadi macam nie, ingat Allah selalu. mintak ampun dengan Dia & ibu abah, insyaAllah lebih cepat sembuh malah lebih dekat dengan Allah ;)

Labels:

lembik macam biskut cicah teh
Posted on Wednesday, October 16, 2013 at 03:23


Assalamualaikum,
macam biasa. mata tak mampu nak lelap sebab basah dengan air mata, jangan percaya kan gambar kat atas sebab tuh gambar 3 hari lepas ><

senyuman kekadang melitupi seribu satu makna. andai aku pandai sembunyi kan perasaan tuh, mungkin hari-hari aku tak kan di basahi air mata. malam aku mampu tenang seperti orang laen, tapi sayang. fiefi yang kental zaman sekolah dulu dah hilang, ape yang korang nampak sekarang adalah fiefi yang macam biskut kering cicah teh. lembik sangat.

ape de hal aku buat cerita sedih pepagi buta nie? cut the crap! so, aku nak cerita pasal zaman jiwa kental aku dulu. sayang plak gambar tak de nak share, nanti kalau aku jumpa album lama tuh aku re-update eh?

mula-mula dulu zaman tadika memang lembik macam biskut kering cicah teh, tadika tuh 20 langkah je dari rumah tapi mengada nak ibu hantar & tunggu depan tadika sampai aku balik. ingat lagi ngan member lama; Syifa, Elyana, Faris, Yazid. lepas tuh ntah sape lagi, hhe. 

masuk sekolah rendah, pakai baju yang non-muslim pakai tuh. hari jumaat baru aku pakai baju kurung, pe jadah aku pakai skirt tuh eh? alahai, tapi aku ingat lagi sebelum pegi sekolah ibu nanti sapu kan bedak kat muka. baru lawa kata nye, hee. nak di jadi kan cerita, darjah 3 dah rabun. boleh plak aku balik pegi cakap kat ibu aku, " esok along tak nak pakai bedak, ibu sapu kena mata. along tak nampak cikgu tulis ape kat papan hitam! " hha, penangan budak umur 9 tahun. 

darjah 6 dulu jahanam, hha. dari kelas belakang terus dapat kelas depan, memang bangang la jawab nye. bersaing ngan budak pandai, ambil kertas UPSR pun fikir banyak kali. yang aku ingat, bakat petah bercakap bahasa omputih tuh di gilap oleh Sir Rajan. pergh, dia dari bilik guru tingkat satu perfume dia dah sampai kat kelas kami kat tingkat tiga. aku join drama dulu, tapi bukan naek atas pentas & kena hafal skrip. kitorang record dekat tape dulu, naek atas pentas buat mimik mulut je =='

start tingkatan dua la jiwa kental tuh di pupuk, nak tahu kenapa boleh jadi kental macam tuh? haa, masa tingkatan satu dulu aku selalu jadi balaci & barua sorang minah nie. memang aku yang kerap jadi mangsa sebab aku masih lembik macam biskut kering cicah roti, member-member laen pun tak berapa berkenan ngan minah nie. ala, korang jangan nak tipu. korang pun meluat ngan perangai dia! satu hari tuh nak di jadi kan cerita, aku terpijak belakang kasut dia sampai tercabut dari kaki dia. ala, kasut yang lekat tuh. bukan kasut bertali, tahu tak ape dia suh aku buat? dia suruh aku pakai kan balik kasut tuh dekat kaki dia, memang kat tanah la maruah aku hari tuh. nak melawan tak berani, tapi tuh memang last aku layan dia.

dendam punya pasal, biskut kering dah bertukar jadi batu. memang tunggu nak tibai je tapi ape kan daya aku terlambat. minah tuh hilang ntah ke mana, hha. start dari situ la aku mula bergaul & jadi ramah ngan semua orang, aku main tegur je. bila dah naek tingkatan 4 lagi la pailang dalam senyap, belajar rajin. ponteng kelas lagi rajin ==' tapi masa tingkatan 3 aku slow sikit sebab Ustazah Hamidah selalu tegur, " hang nak jadi ape Pah, muka lawa tapi ganas macam lelaki. cuba sopan sikit, baru la ade yang berkenan kat hang "

ngan ayat tuh la, kental batu gak aku! sampai la aku terpaksa pindah ke kelantan tahun 2009, belajar & ambil SPM kat sana. punah ranah aku, mampus bisu dengar budak-budak cakap kelantan. nasib balik la duk sebelah ngan member yang pandai cover dialek kelantan tuh, tak de la tercangak aku nak faham. tapi beb, tak sampai 2 hari lancar terus cakap kelantan. tapi kalau nak suh tulis bahasa kelantan kat sini memang tak cekap, hee. dah lama sikit sekolah sana, belang dah timbul. ade ke patut diorang panggil aku mafia? cinabeng betul, dah la panggil aku Combi. lepas tuh panggil mafia plak, grrr.

lepas selesai SPM, dapat tawaran poli kat Penang. tunggu lagi? hha, dapat roomate cantik. member-member dorm yang superb, full package >< awal-awal lagi dah buat perangai depan senior, lepas tuh kaki ponteng solat. walaweh, ade ke patut kena denda pakai telekung lari pusing dorm. tak ke kalau orang luar nampak pengsan, dah macam pontianak baru dapat pijak tanah ==' 

tapi aku tak lama pun belajar, macam-macam bala menimpa. macam kimak! dari awal sampai habis, macam kena aniaya je. pegi mampus la, malas nak ingat. lagi pun otak fikir duit, hha. aku mula kan kerjaya dalam food & beverage, seronok. paling gempak time Starbucks dulu, hingusan je aku dulu. lepas tuh dapat pick up cepat, kira A la. masa keje tuh kenal ngan orang dari Scotland, Mr. Paul Wood. dah tua, keje under company ape ntah. dia la rajin melayan aku bercakap omputih, tenggelam timbul aku. yang aku ingat, dia memang tak nak orang laen prepare minuman dia. hee, aku je yang boleh buat. pada hal order solo espresso je pun ><

hhe, tuh la sikit sebanyak zaman bermula nya kekentalan aku. tapi sejak bercinta, yang betul-betul cintai. kental tuh terhapus sikit demi sikit, ramai gak kawan yang tegur aku dah laen. dah jadi lembik macam biskut kering cicah teh, ape nak buat? nama pun bercinta, hee. pape hal pun, thanks bebanyak pada yang ade di sisi aku masa zaman sekolah dulu. banyak sangat nama nak di tulis kan, takut ade yang tercicir nama plak nanti =='

p/s; kental bab laen, bab cinta? hee. 


Labels:

peluang kedua atau yang terakhir?
Posted on Tuesday, October 15, 2013 at 03:01

Assalamualaikum, 
maaf kan aku andai lama biar kan tempat nie berhabuk. sebab sekarang dah ramai yang tak layan blog, tapi pada aku nie tempat ketiga untuk aku luah kan perasaan. pertama mini diary & yang kedua plak bantal, erk. *tutup muka ngan bantal, nangis kuat-kuat =='

kali nie aku nak kisah kan perihal kemalangan yang menimpa aku, tapi bukan sepenuh nya, aku nak cerita sebab ape aku kemalangan. kalau nak aku cerita kan pasal hari-hari yang aku lalui lepas kemalangan, tunggu post yang akan datang ;)

nak di jadi kan kisah, pagi-pagi lagi dah bangun. semangat sangat nak pegi keje, lepas tuh aku perasan GG kucing peliharaan aku tuh asyik nak duduk atas paha. aku abai kan, aku terus keluar dari bilik & pakai kasut. kali nie Meme, seekor lagi kucing peliharaan aku duduk atas kasut aku. semua macam protes je aku nak gi keje, sekali lagi aku abai kan. 

letak je punggung atas sit moto, terus baca doa naek kenderaan. gelak kenapa? muka je ganas beb, doa tetap doa. aku tengok jam, " pergh, bapak awal. silap-silap sempat aku singgah makan roti canai dekat mapley ". aku check, semua lengkap. ape lagi, gerak la. 

sejak-sejak keje jauh nie, duit minyak moto sebulan RM50 memang tak cukup. bajet lari, dek kerana tuh aku dah plan cantik punya! aku bawa moto 20 km/j & dari Ayer Itam nak ke Gurney Plaza makan masa 20 minit kalau aku terus kan had kelajuan tuh. dah hampir sebulan try, Alhamdulillah plan jimat minyak menjadi. 

cermat gila aku bawa, tapi sesampai je dekat T-junction Lebuh Thean Teik-Jalan Ayer Itam, moto EX5 warna merah yang duduk sebelah kanan jalan merempuh belakang moto aku yang nak ke arah kanan nie. " lu duduk blah kanan yang lu tetiba melulu nak gi kiri dah kenapa? kepala tengok jalan blah kanan, lepas tuh aku plak yang lu makan! "

bukan nak sembang kencang, tapi selama aku bawa moto laju macam pelesit jatuh moto luka je yang aku dapat . memang penuh parut kat tangan ngan kaki, setakat darah tuh memang dah boleh layan & senyum je lepas kemalangan. tapi kali nie bhaii, aku sendiri tak sangka yang rempuhan kecil tuh boleh akibat kan betis kanan aku patah.

cina kat situ angkat moto aku, aku bangun & nampak kaki terkulai. " wah, terseliuh teruk kaki aku kali nie! " tuh la yang aku cakap dalam hati, pada hal saja nak sedap kan hati. memang dah terang-terang patah. diorang papah aku pegi tepi jalan, tanya macam-macam. hindu yang langgar aku pun dok kalut tanya pasal report!

abang JPAM datang lepas 10 minit aku tahan sakit, aku dah gabra. first time kena naek ambulan, tahap teruk dah la bagi aku. Alhamdulillah,  dia buat macam yang aku suruh. macam aku plak yang jadi penyelamat. " haa, abang buka kasut saya slow-slow. kaki memang tak leh angkat dah nie, abang kena papah saya naek strecher betul-betul. nanti jadi lagi teruk kaki saya abang "

aku siap pesan lagi kat driver tuh suh bawa elok-elok sebab aku bukan nak beranak, kaki je patah. masa sampai dalam bilik kecemasan aku baru teringat nak belek badan aku, memang tak ade luka langsung. cardigan aku pun tak terkoyak dek geseran jalan raya. 

lepas diorang periksa, malam tuh aku terbaring atas katil kat wad C12. mengalir air mata aku, masa kat zon kecemasan hubby ade. partner Prudential aku, Ade Ong pun ade kat situ. hubby cuma jaga aku sampai pukul 9 malam, family aku tak tahu lagi yang aku patah kaki. aku cuma khabar kan yang aku kemalangan & sume oke, bukan diorang tak penting tapi tak lama lagi nak raya. tak kan nak buat diorang sedih time macam nie. 

Sasa ngan umi dia datang lewat, saja nak jenguk aku sebab rumah seberang jalan je. lepas diorang sume balik, sunyi je dalam wad. aku menangis, terkenang balik ape yang jadi. nurse cakap mungkin still terkejut ngan impak kemalangan, masa tuh terkeluar dari mulut aku " ouh, itu sebab nye "

dari awal bulan puasa lagi aku memang niat nak pegi tarawih & tak nak tinggal satu pun, tapi bila tengok jadual keje mungkin akan tertinggal dalam 2 atau 3 kali dalam seminggu tuh. tapi, tetap niat nak pegi walau pun sekali. tapi malang nye beb, niat aku tuh tak tertunai walau pun bulan puasa dah nak melabuh kan tirai. mungkin tuh sebab nye Allah bagi petunjuk macam nie dekat aku, menangis pada mula nye. 

tapi, lama kelamaan aku sedar, Dia rindu nak tengok aku ke masjid. Dia uji aku dengan cara macam nie, memang perit tapi Dia tak kan duga kita dengan sesuatu yang luar dari kemampuan kita. ibu selalu cakap macam tuh, Alhamdulillah setakat nie masih kuat aku bertahan. 

jadi, ape yang cuba aku sampai kan kat sini cuma kesimpulan yang aku dapat rungkai kan. hanya Allah yang tahu perancangan seterus nye, buat ape nak menyesal dengan ape yang dah jadi. aku bersyukur sebab Dia duga aku, at least aku tahu gak yang Dia masih beri kan aku peluang untuk balik. 

thanks sebab baca kisah aku yang panjang lebar nie, haters gonna hate but I really hope that you guys enjoy what I share today. be honest to yourself, God knows everything ;)

Labels: ,

cherish me
Posted on Tuesday, January 1, 2013 at 00:00


Labels:

duke dude
Posted on Wednesday, December 26, 2012 at 16:12





i'm sorry, i'm just so damn excited with this 'muthafuka'. you're so soft and orange, i really need you to be my only one of my collection ;)

Labels: ,

Meme
Posted on at 15:51


i remember how dad use to call a cat as ' Meme ', i really like cat. so much, you know? she's 2 years old, in cat life. i thing ==' but, what really matter is she's one of the kind that doesn't really know how to stay quite.

so the thing is, maybe she followed me home & the next morning i saw her in my bathroom. i took her and give a drink, she's look so cold and hungry. aww, so cute! and that was the day that i decided to keep it as my lovely pet or i'll just say my long-life friend <3 p="p">
every morning she just keep on meow and meow, hee. that's when she waked up but when she hungry and i was sleeping, she bite me. ouch! Meme use to bite me all over but now she kind a now how i felt when she did that. you know what i mean? ouh, thanks for understand :)

and every month i bought her whiskas cat food, tuna especially and cat litter. yes, i stayed at apartment so it's hard to find poop place. huh, every time i open my house door. it smells like shit ==' and that's where the Glade works, spray all over my house. my part-time job.



even she always put her claws off me, i always love to cuddle her when she sleep :) i take her to walk down at my apartment and she starts to smell every grass down there, she really hates when i followed her every where. so, i keep a distance.


" i love you my lovely-furish-cat "

Labels:

bye, 2012
Posted on at 12:20

almost everything has change. things happen, passed through me and sort of things. i tried but it seems wrong and i'm sorry about it, people only thing what i would become another 10 more years. i believe i hate myself!


but, for my personal opinion 2013 is going to be amazing year when the new and better me arrives. ah-ha, got that huh? calm down, me is still ME. nothing change except if you wanted me to change.

2012 give me everything i want and i never regret that, i wish i could turn back time. i choose to be this way. a career, a life, a home, some friends, some shit experiences, a good moment, a cute kitty cat named Meme =='

just, completing my wish-the-damn-awkard-list. hopefully it will be done before the end of 2013. wish me luck ;)

Labels: ,

i always be this way
Posted on Tuesday, July 17, 2012 at 14:20

everything start with a new attitude, my life starting with a crazy decision. which is a very good ending, or maybe right now it's just a climax. starting with a new life with Starbucks Coffee, i'm not lying. it's damn great, my life with coffee just began.


Ana was a part-time or clearly as a casual labour for Chinese New Year Eve, well it's awesome. i get a chance to share a moment with my best friend. my district manager, Ramesh. hey, chill out. he do looks fierce but actually i learn a lot from him. again, i score in making friendship! hello, it's me okay.

things got a little crankier when the lover boy was here, right now beside me. a life without stranger, it's a world with a nice smell. well, the relationship getting harder and harder but actually i've learn a lot about patient. he's just, being who he is and i should accept that as a fact. when i started to cry, he didn't even hug me to make my world calm. instead, he just leave me as i stay that way. i know, it's me. it's just me!



" i'm starting my life, by myself. better yet, i love myself "

Labels: , ,

lagi dan lagi
Posted on Thursday, November 17, 2011 at 17:16

Alhamdulillah, keadaan aku sekarang stabil. masih waras. kerjaya masih kukuh, walau pown penat menghadapi kelancaran percakapan dalam bahasa inggeris =='


" percaya lah beb, dia tak de orang laen punye! dia tak ade sape sape kat sini " - Ana


dari dulu sampai sekarang, Ana tetap Ana. hhu. dia tak pernah berhenti meyakin kan aku dengan cinta, dia dah banyak tolong aku. jadi, banyak sangat aku termakan budi. InsyaAllah kalau kau susah, aku akan sentiasa ade dengan kau. Amir masih kuat pertahan kan ape yang kami ade sekarang, kewangan belum ade gangguan. yang tinggal cuma perancangan.


memang tak selalu jumpa dengan awek kulit pucat nie, tapi bila berjumpa mesti aku teringat zaman sekolah kitorang dulu. old-school sangat! aku dengan Ana, terlampau banyak persamaan. yang laen nye cuma, aku susah nak tengok Ana nangis. keep it up babe :)




sama sama lah kita doa kan untuk kehidupan baru kita ye Ana, aku nak kita sama sama berjaya dalam ape yang kita rancang :)

Labels:

mungkin
Posted on Monday, October 24, 2011 at 00:40

sekarang, dah tak ade istilah bangun awal. asyik terlajak je sampai ke tengah hari, sampai ibu pun naik bebal dengan aku ==' hha, sekarang rajin sangat layan channel DIVA ngan AXN. kekadang bila datang time sengal, aku tengok gak channel CERIA, cite One Piece punye pasal :)




alhamdulillah, interview kat starbucks taiping sentral hari tuh membawa aku terus untuk ke second interview di starbucks e-gate. haish, kire macam hadiah hari jadi la kan? hha, sepatut nye dah terlepas ke starbucks cameron highlands tapi lepas banyak demand dekat Mr.Hamzah, dia pun past aku ke starbucks e-gate.


ya Allah, lega sangat bila second interview tuh berjaya. speaking in english is not easy, always talk with your friends in english to improve it day by day :) aku pun kelam kabut, tunggang langgang gak english aku. tapi, alhamdulillah sume oke. so, jumaat nie dengan izin Allah aku akan start b'keje & terus stay kat penang for the rest of my life.


" kumpul duit bhaii, nak kawen dah tak lama lagi! "


umur dah 19 tahun, suruh sambung belajar tapi aku plak yang refuse. so the ending of the story will be interesting i guess. yang penting, duit simpanan tuh kena ade. mum, i'll miss you everyday <3 thanks aw pade sume yang terlibat dalam memberi pendapat & nasihat pade aku. doa kan aku eh :)

Labels: ,

happy 19th birthday to me
Posted on Friday, October 7, 2011 at 14:32







" thanks for all the wishes :) "

Labels:

meniti menuju ke arah Tuhan
Posted on Wednesday, October 5, 2011 at 15:25

pernah tak kekadang tuh kau rasa diri kau di tinggal kan,
pernah tak sesekali kau rasa diri kau di hina bagai anjing kurap.
sakit sangat waktu tuh.


bila aku menggeliat atas katil empuk, baru aku perasan yang aku terlepas solat subuh. kemudian respon aku cuma, tarik selimut terus berdengkur dengan puas hati.
tapi, dalam tidur tuh aku terfikir.


" kenapa Tuhan tak mati kan saja sesiapa yang tak solat tuh? "


barulah aku sedar, yang Allah Maha Pengasih. kau tertinggal satu dari rukun iman namun kau masih bernafas segar di dunia pinjaman nie, fikir. Allah masih memberi peluang supaya kau berubah.


kekadang bila aku keluar bercanda dengan kawan kawan, ramai yang berkongsi cerita.
aku mendengar cuma sebagai halwa telinga, separuh dari hati mahu mengikut jejak langkah nye
tapi masih waras pemikiran aku untuk terus meniti menuju ke arah Tuhan. si polan selalu bongkak depan kawan kawan lalu berkata megah;


" aku dari dulu beb, masuk pub & clubbing semua. tak de ape pun jadi kat aku! "


kalau kau nampak dengan mata hati kau, memang Tuhan selalu bayar 'cash' sekarang tapi aku sendiri tak sanggup kalau Tuhan langsung tak ambil tahu pasal kita. maksud aku, Tuhan akan biarkan kau melakukan dosa tanpa membalas apa apa pada kau di dunia. kelak di akhirat, subhanallah.

Labels: , ,

kau yang mintak!
Posted on at 15:13

bila ade facebook, kau banyak bunyi plak bila aku kata aku nak itu & buat ini.
bila aku delete facebook aku, kau cakap kau rindu aku.
aku pun tak faham, ape yang orang nak sebenar nye?

aku jenis malas nak text by phone, sebab aku memang spesis yang malas nak topup.
dah bila aku topup, aku call korang mula lah busy & tak nak angkat call.
so, ape aku nak buat?
aku cakap sikit, sume tak kena.
bila aku diam, kau cakap aku pengecut.
aku marah marah, kau cakap aku nie mulut kuat menyumpah.

rindu aku dekat pulau pinang pun tak reda lagi, kalau ikut hati memang nak sangat duduk sana macam dulu.
tapi nak buat macam mana kalau family aku tak izin kan aku duduk sana, aku nak cari career baru.
bila aku nak buat sesuatu, aku fikir korang.
memang pada aku kawan kawan yang hipokrit, patut di campak je ke laut.
but not for me!

kalau buat jahanam kat aku tahap dewa, memang aku tak tegur sampai mati lah.
jangan nak salah kan aku, memang aku dari spesis keras hati!
ade yang buat buat tanya, ade yang langsung tak berani nak tanya.
kan?

aku tahu, tak payah lah nak berselindung balik bayang bayang tuh.
aku dah tahu lah, kau perempuan jenis pembawa mulut.
yang si jantan plak, kaki ampu.
alahai, ape nak jadi?

sekarang, emosi dah down. study aku pun down di sebab kan kau, tak lama lagi career aku pun buat aku down.
kau memang suka tengok aku sakit & tak bahagia gamak nye?
memang muka aku nampak senyum sentiasa, tapi time aku nangis kau nampak?

bhaii,
kau tak tahu macam mana aku hadapi hidup.
jangan nak cakap besar & jangan nak cakap aku suka putar belit,
kau tak ade kat tempat aku & kau tak tahu life aku.

tapi, ingat satu je.
satu hari korang akan tahu ape yang terjadi sebenar nye,
masa tuh tolong lah jangan nak cari aku lagi sebab aku dah cukup sakit sekarang nie.
bagi aku, kalau kawan berjuta sekali pun. yang baik & faham tentang kau cuma cukup 10 jari,
baik buang je yang laen.

yang dah bertahun kawan ngan aku, still tak dapat tangkap gurauan aku.
lepas tuh yang nampak salah kecil aku, dah pandai nak jaja cerita yang lebih dari 2.0 movie!
tak kenal aku, jangan cakap pasal aku.
fikir lah balik time kita sekolah dulu macam mana perangai aku, tak kan tak boleh khatam lagi kot.
nie fiefi, sama je dengan nurul afiffah yang kau kenal dulu.
masa hari raya, sibuk mintak ampun mintak maaf & mintak halal kan makan minum sume.
tapi, kat belakang sibuk cakap.
" alah dia tuh, mana pernah nak belanja aku makan "
so, tak guna nak mintak maaf kan?
aku tak de hutang kau satu sen pun & kalau lah ade aku berhutang atau termakan budi baik kau,
kau tunggu lah aku berduit nanti.
aku bayar balik, tak kan kurang satu sen pun!

so, hidup aku kembali normal macam anak gadis yang laen.
eh, kalau terasa ikut kau lah.
aku saja luah perasaan kat sini, sendiri mau ingat lah bhaii.
sekarang, aku mintak maaf banyak banyak kat kau kalau kehadiran aku nie buat kau rasa menyampah.
aku harap kau halal kan makan minum aku selama nie & kalau kau tak nak halal kan tolong call aku,
bagi tahu ape sebab nye.

kenangan kita, biar aku je yang simpan. kalau boleh aku dah tak nak tegur kau,
aku pun tak nak dah tengok muka kau walau ape pun alasan kau.
aku takut bersepai je muka kau bila kau muncul & tegur aku!
yang mana nak marah aku, tolong marah sekarang.
aku penat, banyak lagi benda aku nak kena hadapi.

aku tak sanggup dah nak hilang kawan kawan, cukup la aku hilang 2 atau 3 orang kawan :'(

Labels:



Older »


TOP▲
© 2011-2013 F I E F I Z A I N I.
Design by L.O.V.E & Powered by Blogger.
Best viewed using Google Chrome with a resolution of 1366 x 667.