empayar
Posted on Sunday, November 17, 2013 at 23:07

Assalamualaikum :')
kan aku dah kata, langit tak sentiasa cerah. bulan tak sentiasa temani langit malam, pelangi makin luntur warna nye. air mata yang menemani setiap malam, tak kira gembira atau sedih namun hati tetap terkunci dalam. takut kalau jahitan lama terbuka. 

ingat lagi kisah empayar aku? kali nie, pulau jadi kenangan terindah. seribu satu kenangan dekat sana, tak terkira nikmat nye. cinta, kawan & lawan. semua akan jadi satu ukiran atas pasir pantai, yang semesti nye bakal di pukul ombak lalu hilang dari pandangan. 

ade yang jijik dengan cara aku menulis, kata dia aku cakap kosong. kata dia pula, aku hanya pura-pura. tapi, masih dengan kata-kata yang sama " haters gonna hate ". aku tak peduli, itu kata orang. hati aku biar Allah je yang pelihara, dulu mungkin aku cepat melatah bila ade yang cuba halang perbuatan aku. tapi, maaf aku dah berubah. aku dah matang. 

come on, hidup nie sementara. bina empayar kau sendiri, jangan musnah kan empayar manusia laen. kau iri, kau dengki tapi aku tak peduli. empayar tuh tak kan aku biar terbengkalai, itu satu-satu nye impian aku & aku tak kan sia-sia kan. korang tak ade kat tempat aku, jadi korang tak kan faham. 

gembira, tawa, sedih, keluh kesah, tangis, hinaan, caci maki, kebencian, keikhlasan & macam-macam lagi. itu dugaan, semua tuh yang akan menghiasi dinding empayar aku. biar tercoret sebagai kenangan, aku tak kisah sebab itu pengalaman.

setiap orang punya empayar, namun berbeza dari segi tempoh. ade yang cepat siap, ade yang amek masa bertahun-tahun & ade yang langsung runtuh bila siap. empayar aku? dah 70% siap, tapi terbengkalai. masih menanti aspek-aspek laen, mungkin empayar aku kelak tak seindah taj mahal.

kekadang, ade yang ego. mahu bina empayar sendiri tanpa bantuan orang laen. maksud aku kawan. tak, bukan bantuan dari segi kewangan tapi dari segi ukhuwah. Alhamdulillah, ade yang bersama aku. dia tempat aku mengadu, kawan yang aku tak sangka boleh mendampingi aku. tapi, betul. tak semua dia akan tolong, tapi aku hargai sebab dia ade ketika tuh. dia tetap kawan terbaik, aku yakin empayar dia lebih indah nanti. 

kelmarin, empayar aku rosak. retak satu tiang, kalau tiang tuh runtuh maka runtuh semua nye. aku sedih, aku tak tahu nak baiki macam mana. siang malam fikir, kemudian aku tak ade cara laen melaen kan memeluk tiang tuh. aku tak kan lepas kan sebab aku sayang empayar aku, lama berdiri namun belum tahu bila akan siap. aku menangis, sampai bila perlu aku bertahan untuk peluk tiang tuh. kalau aku lepas kan, pasti runtuh. 

ye, kalau runtuh memang aku akan bina semula. tapi, kuat ke aku pada ketika tuh? kawan aku cakap aku kuat, aku tak pernah mengalah. ye, memang tapi aku tetap perempuan sama macam yang laen. macam baju kalis peluru, tembak memang tak tembus dada tapi pedih kena das tembakan tuh rasa sampai ke jantung. tuh belum kena pump gun. 

sekarang, hanya mampu berdoa pada Allah yang maha Esa. supaya empayar aku kekal sampai akhir hayat, insyaAllah. semoga tiang yang aku peluk nie, akan di baiki kelak. sebenar nye, lebih indah andai empayar nie di bina sekali saja seumur hidup. empayar yang terbina kerana hati yang ikhlas. 

p/s; aku sanggup bertahan sebab Allah dah rencana kan sesuatu untuk aku :)

Labels:

0 Comment:


Post a comment


« Newer Older »


TOP▲
© 2011-2013 F I E F I Z A I N I.
Design by L.O.V.E & Powered by Blogger.
Best viewed using Google Chrome with a resolution of 1366 x 667.