stand up higher
Posted on Monday, December 9, 2013 at 02:01
AssalamualaikumAlhamdulillah, segala urusan aku dah selesai. kini yang tinggal hanya empayar, dalam pembikinan sebab sebelum nie terbengkalai. aku bersyukur kerana Allah kabul kan doa aku, terima kasih ya Allah. hanya Kau aku bersujud & meminta, kini masa nye untuk aku bangun :) kekasih sekarang dah kembali ke Taiping, sama-sama dengan aku. aku akui memang jauh tak sama macam di pulau impian dulu, tapi sekarang aku bahagia sebab tuh salah satu pengorbanan dia terhadap aku. Allah uji aku satu demi satu, Dia ambil sesuatu yang amat berharga buat aku. aku ikhlas kan hati & redha akan kepergian dia, namun aku & kekasih tak pernah berhenti mendoa kan dia agar dia selamat sentiasa. kenyataan nye, kini aku menanti baki 22 hari lagi untuk kembali bekerjaya. hampir 128 hari aku berehat, kulit tak tersentuh dek matahari. makin putih kulit aku tanpa krim Garnier ;) kata orang aku perlu nikmati hari-hari cuti aku, tapi dah 2 tahun lebih aku bekerjaya & tak tahu nak berehat. ouh, kawan-kawan dah banyak habis belajar & kini sibuk mencari kerja. aku doa kan korang berjaya capai impian korang :) certificate Programme for safety & health officer. kursus nie suppose last year aku attend tapi aku degil, aku dah seronok jadi barista dekat Starbucks ==' company abah makin down sekarang, logistic have a higher demand so aku perlu gak attend kursus nie for next year. tapi aku attend 5 May, awal tahun punya program banyak. insyaAllah aku akan attend, for the sake of my dad & my future actually. ouh, sebelum nie aku menghilang sebab tengah rawat luka. cuci luka dengan iodin, pedih tak terhingga sebab aku telan iodin tuh. ye la, hati kat dalam. tak kan aku nak operate kua hati aku ==' hha, pape pun sekarang Alhamdulillah semua oke. kalau kawan-kawan aku tahu ape yang aku buat nie, mesti diorang bangga. aku ingat lagi penangan yang budak bukit jambul tuh dapat, sia-sia je hidup. tapi sekarang aku dah matang, tak kan budak hingusan cuit aku sikit pun aku dah nak melenting? tak matang beb, so aku diam. ibu pesan sujud adalah waktu yang paling kita dekat dengan Allah. solat hajat plak salah satu waktu yang doa kita akan di kabul kan Allah. ye, aku dah berubah. aku mohon pada Dia agar aku terpelihara dari hasad dengki & sikap aku yang kurang sabar, doa untuk keluarga & kawan-kawan. akhir sekali doa untuk jodoh aku dengan kekasih, hubungan 3 tahun tak mungkin aku nak sia-sia kan hanya kerana satu masalah kecil sebesar hama. tak sangka, Allah beri peluang nie pada aku. hanya Allah yang tahu betapa sukar nye aku nak hadapi semua nie. memang perit tapi aku tak boleh bersangka buruk pada Dia, aku redha & cuma mampu mohon di ringan kan ujian nie. Diela dah settle SPM, now waiting for result SPC. pe jadah SPC tuh tak plak la aku tanya tapi hal MRSM punya la, hhu. moga result kau gempak ye, kalau tak lupa kan la London. hhe, aku tahu kau dah buat yang terbaik. insyaAllah 15 January 2014, ibu akan tunai kan umrah di tanah suci Mekah. semoga Allah buka seluas-luas nye pintu rezeki aku, sebab dari awal usia aku lagi aku nak ibu abah ke Mekah tunai kan haji dengan hasil titik peluh aku. harap Allah izin kan :) like always, haters gonna hate. ade yang tak percaya namun aku peduli ape, kebenaran hanya aku & Allah yang tahu. kalau banyak menyangkal, kau akan jatuh kan fitnah atas aku & percuma aku dapat pahala. aku kini dalam proses perubahan, nak kena simpan belang. atas izin Allah, 2014 tahun terakhir untuk aku habis kan zaman bujang. boleh macam tuh? hha. p/s; terima kasih ya Allah, Kau uji tanda Kau sayang. aku cuma mohon cukup la satu Kau ambil, tinggal kan yang lain untuk aku. aku janji aku akan jaga mereka sebaik mungkin, aku tak kan sia-sia kan peluang terakhir nie :') Labels: fight for love, freaking awesome, randomly ikhlas
Posted on Thursday, November 21, 2013 at 00:13
Assalamualaikumterabai plak rasa nye, tapi aku biar kan. diam tak nak cakap punca. kalau nak tahu, perangai lama macam nak datang balik. mulut nie macam dah ringan nak maki orang. Subhanallah. aku cuba kawal, insyaAllah tak jadi benda buruk. ibu cakap dosa ngan Allah, kita boleh mintak ampun. dosa ngan manusia kena mintak maaf cepat-cepat, nanti kat padang masyar tak susah dah nak cari. setakat nie ade lagi 3 atau 4 orang yang aku belum sempat jumpa, tak seronok kalau mintak maaf by phone. bila bersemuka baru tahu dia ikhlas atau tak, tapi hakikat nye ikhlas tuh jatuh atas dia. yang penting kita dah mintak maaf, kalau dia tak maaf kan itu urusan dia ngan Allah. tak kan nak kena sujud kaki dulu ==' tapi sayang sangat, kenapa orang suka pertikai benda baik? aku sedih, aku tak pernah nak mintak korang respect aku sebab aku berubah or ape. aku cuma kongsi rasa seronok nie, aku ade hak menulis. kalau korang tak suka jangan baca, blog nie memang aku public kan. tapi jangan la cakap bukan-bukan pasal aku. aku tak tipu, memang ade saki baki lagi rasa jahat nak memberontak. tapi aku tak nak, sebab aku nak berubah. kenapa nak curah petrol kat aku? kalau korang rasa tak puas hati, datang la jumpa aku. kalau nak alamat or phone number aku, pm kat facebook. nanti aku kasi. memang dulu aku jahat, kawan-kawan pun tahu tapi tak yah la nak cakap-cakap belakang. depan aku korang baek je, belakang aku korang tempeleng aku. tapi, kita manusia. aku pun tak nak judge sape-sape, aku pun bukan baek sangat. kalau tak suka, jangan la kawan ngan aku. aku lebih rela tak de kawan dari ade kawan yang nak simbah tahi kat aku. ade kawan aku sorang nie pernah cakap, kawan tak de tak pe. jangan hilang ahli keluarga sebab nanti yang nak angkat keranda kita pun ahli keluarga kita. aku redha beb, sekarang pun dunia dah nak akhir zaman. macam-macam orang tuduh aku, aku diam je. nak melenting nanti kata memanng kita buat, ape pun tak boleh. ustazah cakap, berserah la tak pe. itu urusan Allah, kita tak boleh hukum manusia. ustazah cakap kalau ye pun bukan salah kita, mintak maaf je ngan orang tuh. jangan berdendam, tak baik. orang tanya, kau keje ape. bila kita jawab, orang angguk lepas tuh boleh plak pegi menyampai kat orang laen yang kita menipu. macam tuh pun boleh? macam tuh la manusia, bila kita hebat sikit mula la nak bawa cerita laen. orang kata mulut tempayan boleh tutup, tapi sape plak yang kata mulut orang tak boleh tutup? meh sini aku try jahit mulut tuh, kot menyesal seumur hidup nanti :) aku nak jaga hati kawan-kawan. banyak dah aku nampak sekarang, Allah dah buka luas dada aku. mana kawan mana lawan, memang tak semua akan tanya setiap hari pasal khabar kita. jangan risau, aku selalu doa kan kawan-kawan aku yang dah banyak tolong aku dari hari pertama sampai sekarang. Allah je boleh balas budi korang, insyaAllah andai aku dah sihat nanti aku plan nak jumpa ramai-ramai. kita pun dah lama tak berkumpul, mungkin nie masa nye untuk keluar kan kebenaran. p/s; sudah-sudah la, tak suka cakap je tak suka. jangan berpura-pura.
empayar
Posted on Sunday, November 17, 2013 at 23:07
Assalamualaikum :')kan aku dah kata, langit tak sentiasa cerah. bulan tak sentiasa temani langit malam, pelangi makin luntur warna nye. air mata yang menemani setiap malam, tak kira gembira atau sedih namun hati tetap terkunci dalam. takut kalau jahitan lama terbuka. ingat lagi kisah empayar aku? kali nie, pulau jadi kenangan terindah. seribu satu kenangan dekat sana, tak terkira nikmat nye. cinta, kawan & lawan. semua akan jadi satu ukiran atas pasir pantai, yang semesti nye bakal di pukul ombak lalu hilang dari pandangan. ade yang jijik dengan cara aku menulis, kata dia aku cakap kosong. kata dia pula, aku hanya pura-pura. tapi, masih dengan kata-kata yang sama " haters gonna hate ". aku tak peduli, itu kata orang. hati aku biar Allah je yang pelihara, dulu mungkin aku cepat melatah bila ade yang cuba halang perbuatan aku. tapi, maaf aku dah berubah. aku dah matang. come on, hidup nie sementara. bina empayar kau sendiri, jangan musnah kan empayar manusia laen. kau iri, kau dengki tapi aku tak peduli. empayar tuh tak kan aku biar terbengkalai, itu satu-satu nye impian aku & aku tak kan sia-sia kan. korang tak ade kat tempat aku, jadi korang tak kan faham. gembira, tawa, sedih, keluh kesah, tangis, hinaan, caci maki, kebencian, keikhlasan & macam-macam lagi. itu dugaan, semua tuh yang akan menghiasi dinding empayar aku. biar tercoret sebagai kenangan, aku tak kisah sebab itu pengalaman. setiap orang punya empayar, namun berbeza dari segi tempoh. ade yang cepat siap, ade yang amek masa bertahun-tahun & ade yang langsung runtuh bila siap. empayar aku? dah 70% siap, tapi terbengkalai. masih menanti aspek-aspek laen, mungkin empayar aku kelak tak seindah taj mahal. kekadang, ade yang ego. mahu bina empayar sendiri tanpa bantuan orang laen. maksud aku kawan. tak, bukan bantuan dari segi kewangan tapi dari segi ukhuwah. Alhamdulillah, ade yang bersama aku. dia tempat aku mengadu, kawan yang aku tak sangka boleh mendampingi aku. tapi, betul. tak semua dia akan tolong, tapi aku hargai sebab dia ade ketika tuh. dia tetap kawan terbaik, aku yakin empayar dia lebih indah nanti. kelmarin, empayar aku rosak. retak satu tiang, kalau tiang tuh runtuh maka runtuh semua nye. aku sedih, aku tak tahu nak baiki macam mana. siang malam fikir, kemudian aku tak ade cara laen melaen kan memeluk tiang tuh. aku tak kan lepas kan sebab aku sayang empayar aku, lama berdiri namun belum tahu bila akan siap. aku menangis, sampai bila perlu aku bertahan untuk peluk tiang tuh. kalau aku lepas kan, pasti runtuh. ye, kalau runtuh memang aku akan bina semula. tapi, kuat ke aku pada ketika tuh? kawan aku cakap aku kuat, aku tak pernah mengalah. ye, memang tapi aku tetap perempuan sama macam yang laen. macam baju kalis peluru, tembak memang tak tembus dada tapi pedih kena das tembakan tuh rasa sampai ke jantung. tuh belum kena pump gun. sekarang, hanya mampu berdoa pada Allah yang maha Esa. supaya empayar aku kekal sampai akhir hayat, insyaAllah. semoga tiang yang aku peluk nie, akan di baiki kelak. sebenar nye, lebih indah andai empayar nie di bina sekali saja seumur hidup. empayar yang terbina kerana hati yang ikhlas. p/s; aku sanggup bertahan sebab Allah dah rencana kan sesuatu untuk aku :) Labels: freaking awesome suara cengkerik
Posted on Friday, November 15, 2013 at 16:35
Assalamualaikumtak lama lagi, semua akan kembali pada asal. sebenar nye, tuh perancangan aku namun belum pasti Allah izin kan atau tak. pada ape yang aku nampak, aku akan kembali seperti dulu. bodoh macam dulu :( gelak ketawa, senyuman, tangis sedu, marah dendam, keluh kesah semua nye tertanam dalam sangat. tak boleh nak luah kan sebab rasa sengsara kalau tersilap langkah lagi, dulu kawan aku cakap aku hati kering. ape aku rasa nak cakap, aku bedal je. memang betul pun, aku memang hati kering. ape aku nak peduli dengan perasaan orang laen? tapi, bila dah matang macam sekarang masih ade sisa-sisa hati kering tuh bila terlampau dengar hasutan syaitan :( bila dah jadi, hati orang akan terluka. nak putar balik masa, tapi semua tuh mitos tentang mesin masa. doraemon? sembang dengan budak-budak la bab poket dia tuh. semalam, sampai pening kepala fikir macam mana nak buang perangai hati kering tuh. last, aku teringat ustazah selalu cakap setiap malam sebelum tidur muhasabah diri. fikir balik ape yang dah kita buat hari tersebut. kebetulan semalam 10 muharam, ibu cakap elok kalau berpuasa. Alhamdulillah, aku selesai tunai kan puasa & aku sempat buat solat hajat. manusia banyak hajat, macam-macam manusia mintak. ade yang mintak nak jadi kaya, nak kawen ngan anak dato', nak dapat keje bagus-bagus, macam-macam. tapi, aku tak mintak banyak pada tika nie. biar la aku ngan Allah je tahu, semoga segala ibadat aku di terima Allah. sampai pukul 2 pagi, nampak cahaya kat langit gelap. guruh, tapi awan tak kelihatan untuk limpah kan air hujan. terbaring kaku atas katil sambil mata melihat siling rumah, terdiam seketika & cuba kosong kan fikiran untuk mula muhasabah diri. tiba-tiba terasa macam berdepan dengan diri sendiri, suara datang dari hati berdialog bertanya kan ape yang terjadi hari nie. aku diam, rasa macam nak menangis tapi air mata dah kering. " ape yang kau nak sebenar nye? kau ikhlas atau tak? ape lagi yang Allah tak bagi? kau faham maksud berserah? kau pernah rasa kekurangan? kau pernah terfikir soal mati, soal syurga? untuk siapa kau terus kan hidup? kenapa Allah uji kau & kenapa kau di uji? " aku tergamam, betul. tuh semua soalan yang tak pernah siapa tanya & hanya hati aku yang mampu menyoal diri aku sendiri, puas beristighfar. sekali lagi, aku cuba jawab satu persatu. tapi, macam nak pecah kepala bila tahu hakikat sebenar. teringat pesan ibu, ikhlas kan hati untuk berubah supaya ape yang kita nak insyaAllah Dia tak kan teragak-agak untuk kabul kan. jadi, aku sedar & nampak mana silap nye. jawapan yang hampir 21 tahun aku cari, akhir nye sekarang dah terjawab. aku tak menghargai ape yang Allah bagi, tak pernah bersyukur atas nikmat yang aku ade. tak pernah nak berterima kasih dengan kehadiran makhluk ciptaan Nya yang dah banyak membahagia setiap sudut di ruang hati. lalai. bila susah baru cari Dia & bila dah dapat tak sampai sesaat lupa nak ucap Alhamdulillah. sedang kan Dia tak pernah lupa sesaat untuk benar kan kita bernafas kat muka bumi nie. ya Allah, besar sangat dugaan nie. lepas semua nye jelas, hati rasa tenang. suara tadi banyak berpesan supaya ikhlas kan hati dalam setiap perbuatan, ternyata banyak kesilapan :( syurga neraka milik Allah, segala nye milik Dia. suara tuh hilang, ntah ke mana. aku cuba lelap kan mata, sambil berdoa agar Allah beri petunjuk pada aku. semoga aku tak kan hilang orang-orang yang aku sayang, berharap mereka akan sentiasa ade dengan aku sampai hembusan nafas terakhir. memang setiap manusia lakukan kesilapan sampai terabai hati manusia laen, aku terus kan hidup dengan melihat masa silam. aku kuat kerana masa silam & aku tak nak ulangi kesilapan aku yang pernah aku buat dulu, aku tak nak. aku mintak maaf, bukan niat aku nak luka kan hati kau tapi hati terlampau marah sampai aku hilang pertimbangan. kau banyak mengajar aku erti sayang, maaf kan aku. mungkin aku salah menilai setiap warna yang ade pada kau wahai sang pelangi, maaf kan aku :( Labels: fight for love, freaking awesome budak baik
Posted on Wednesday, November 13, 2013 at 21:21
Assalamualaikum ;)Alhamdulillah, selesai solat isyak walau pun perut lapar. tengah marah nie sebab belum dapat makan tapi, ape ade hal. dugaan nama nye, redha je. aku teringat masa zaman kecik-kecik dulu, solat magrib ngan isyak la paling aku rajin sekali. hha, tapi dungu lagi time tuh. ade ke patut lepas abes je solat magrib terus bangun solat isyak, pada hal belum masuk waktu ==' kalau tak salah la, aku pun dah tak ingat. hhu, masa kat poly plak lagi hebat. orang pegi solat kat masjid ramai-ramai, aku ngan member satu kepala nie boleh menyorok dalam bilik. last, kena denda. amek kau! darjah satu dulu, sekolah sungai gelugor. ustaz ape ntah nama nye, dia ajar macam mana nak solat. ustaz tuh kelakar, sampai sekarang ingat lagi muka ngan suara dia. petang tuh kena pegi surau, dia nak buat amali solat. memang excited sebab dapat solat ngn kawan-kawan, tapi IQ aku time tuh tak tinggi. belum upgrade & low capacity, hha. dah amek wudhuk cantik, pakai telekung lepas tuh ustaz cakap " kita solat berjemaah ye ". aku pun follow la, ingat kan solat amek syarat gerak-gerak je. rupa nye kena solat betul-betul, aku tak faham maksud amali time tuh. hha, waktu tengah rukuk aku boleh pegi tegur member sebelah & cakap " balik nanti tunggu aku ye ". dia tak reply, aku buat dek je la. bila dah abes solat ustaz bagi balik, kemudian mmber tadi cakap " kenapa ang tak sembahyang tadi fifah? tak baik tau cakap dalam solat! " mak aii, malu gila time tuh. hha, bese la. baru nak membesar, bukan nye pandai sangat lagi. ustazah Hamidah, ustazah yang memang kenal sangat ngan perangai aku dari tingkatan satu sampai tingkatan empat. dia la yang banyak melayan perangai aku, tapi kalau dia marah aku tak berani. ingat lagi zaman friendster dulu, belum start myspace ngn facebook lagi. nak di jadi kan cite aku free hair kalau tak sekolah, tak sangka plak ade yang pegi mengadu pasal isu besar taik hidung nie. ustazah panggil pegi bilik guru, kena soal macam-macam pasal gambar profile tak bertudung. Ana pun kena bebel time tuh tapi tak tahu punca, sape la manusia yang kuat mengadu nie ==' pape hal pun, ustazah Hamidah la yang banyak tolong aku hafal surah Al-Waqiah. Alhamdulillah pas, exam pun oke. dia selalu pesan suruh berdoa mintak hidayah dari Allah, aku buat. tiap-tiap malam mintak, tapi tak dapat. nama pun manusia, lambat sikit dah tak nak mintak. lepas tuh terus tak mintak dah, sekarang dah boleh fikir. baru tahu & baru rasa :') lega sangat, Allah bagi peluang lagi. syukur sangat. dulu masa kecik, lepas magrib mengaji ngan ibu. ibu selalu cakap " ouh, kalau maen kat taman suara dengar sampai ke atas rumah. kalau mengaji, suara langsung tak dengar! " maklum la, takut tersilap sebut. last, kena cubit paha la ape lagi. ibu hantar aku ngn Diela pegi mengaji kat Qiraati Nurul Syifa', progress aku ngan Diela lambat. bukan sebab kami tak pandai mengaji, ustazah muda tuh gatai. pilih kasih, puii. ade ke patut mamat umur 16 tahun tuh boleh mengaji ngan dia sampai 6 page sehari lepas tuh dekat sejam bersembang macam kat tempat makan ==' aku ngan adek aku tak sampai 10 minit dia suruh berhenti baca & sambung esok, payah kalau mengaji ngan ustazah muda. ish ish ish. sekarang dah pandai semua, belajar ngan ustazah Hamidah bab tajwid ngan taranum. tak sangka aku pandai lenggok taranum, tapi tak berani nak cuba pertandingan taranum sebab tajwid aku hanyut ==' zaman sekarang pakai application je, tapi tak seronok sebab tak dapat peluk cium macam kitab Al-quran ;) aku teringat arwah opah, sifat arwah opah turun kat ibu. sebiji >< bila balik kampung je, dalam pukul 4 or 5 pagi kot akan bunyi la suara opah kejut kan semua orang bangun solat subuh. kalau tak silap opah selalu solat subuh kat surau, opah berjalan kaki pegi sendiri. kekadang dengar gak suara opah tengah mengaji, walau pun aku cucu dia tapi kami tak rapat. ingat lagi, dia seronok kalau cucu-cucu dia balik. kalau buka cite drama melayu, dia tak layan sangat. tapi cuba buka gerak khas, hhe. ibu cakap opah suka tengok AC Mizal, hhu. tapi, aku bersyukur sebab hari-hari terakhir dia adalah bersama aku ngan ibu. pemergian opah aku dapat rasa, sedih bila kenang kan balik. kami tak rapat, tapi bila terbau aroma kopi kat dapur terus teringat opah. p/s; Al-fatihah buat opah ngan atuk :')
selepas 1215 hari
Posted on at 03:33
awak, dari dulu saya suka sangat dengan awak. walau pun agak kekok saya melihat awak pada pertemuan yang tak sengaja tuh, namun sikit sebanyak ade yang istimewa di dalam diri awak. ternyata betul dugaan saya, tahi lalat dekat dagu awak buat awak nampak comel sangat :)dah mula suka namun belum pernah terlintas nak menyayangi awak pada saat tuh, hati saya belum pulih sepenuh nye. hati saya masih bernanah :( awak jadi kawan baik saya pada masa tuh, awak jadi tempat saya tunjuk kan siapa sebenar nye saya. saya tak pernah berlakon depan awak, masa cinta zaman dulu saya kerap berlakon. berlakon lembut & ayu, macam perempuan melayu terakhir. tak sangka, awak langsung tak kisah dengan perangai kasar saya. mengalah kan awak plak kan? awak pandai bergurau, pandai buat saya senyum. tak sangka awak ambil berat tentang saya, saya nampak tapi saya diam & cuba lari dari kenyataan. sebab, saya tak berani nak serah kan hati saya pada awak. saya lari, tapi banyak masa saya terluang dengan melihat awak dari jauh. saya dapat rasa keikhlasan awak. awak jadi kawan yang terbaik waktu tuh, awak tak selindung pape pun dari saya. semua awak cerita, saya suka. saya seronok tengok senyuman awak, gelak ketawa awak yang tak pernah kenal erti sedih. awak cukup kuat, saya tak tahu macam mana awak lalui semua tuh tapi saya tahu hati awak pun sama macam saya kan? awak ingat lagi nyanyian awak atas pentas tuh? saya tak tahu awak nampak saya atau tak, sebab saya tak lepas walau sesaat pun melihat awak. ye awak, cinta tak kenal siapa. pada tika tuh, saya tak tahu untuk siapa awak nyanyi kan lagu tuh. tapi hati saya rasa lagu tuh awak nyanyi untuk saya :') saya ingat lagi, selepas banyak kali awak luah kan perasaan awak pada saya awak tak pernah berhenti mencuba & saya pplak tak pernah nak mengaku pada awak. akhir nye, saya milik awak. awak terima saya seada nye, saya tak tahu ini akan berakhir dengan kebahagiaan atau sebalik nye. namun, saya percaya akan keikhlasan awak. awak. dugaan kita cukup besar, tak pernah berhenti Dia menguji & tak pernah plak kita berhenti mencuba. selepas 3 tahun, awak masih kuat bertahan. saya kenal awak, awak tak pandai sorok kan emosi awak. saya tahu kekadang saya salah anggap, saya pun manusia macam awak. masing-masing ade ego sendiri, tapi saya tak pernah salah kan awak. tak terkira ape yang saya ungkap kan, saya pernah putus asa. saya nak berhenti dari mencintai awak, tapi. saya tak tahu, saya tak tahu macam mana nak lupa & benci kan awak. pada saya, awak anugerah terindah. saya mahu mencintai ketidaksempurnaan awak, itu yang saya mahu. peduli kata orang, awak tetap awak. awak baik, orang tak nampak tapi saya nampak. saya mencuba awak, tak pernah sedetik saya berhenti. awak ingat lagi janji awak, janji saya? saya tahu saya degil, tapi degil saya kerana sayang pada awak. semoga usaha saya tak sia-sia, awak tak macam orang laen. awak tak pandai nak tunjuk perasaan awak pada saya, saya akui kekadang susah nak tengok awak romantik. tapi saya tak kisah, awak tetap awak. saya harap awak tak kan lupa kan saya walau pun sesaat, saya tengah berusaha sedaya upaya saya untuk buat awak tersenyum. dulu saya tak matang, tak pandai nak buat keputusan. sekarang, saya tahu nie pilihan saya. saya harap, semua nie berakhir dengan penamat yang baik. awak. walau pun dah lama kita bersama, kekadang saya tak pandai tafsir nada suara awak. hati saya cepat terusik, jahitan lama pada parut tuh macam di buka. saya takut berdarah balik, sakit sangat. tapi, awak tak pernah berhenti kan? aku kuat demi saya kan? terima kasih awak, awak mencintai ketidaksempurnaan saya. sekarang, giliran saya. saya harap awak tak kan lepas kan genggaman tangan saya, saya nak bawa awak ke pulau tuh. nak awak bantu saya bina empayar yang sama-sama kita pernah impi kan dulu, moga Allah bantu saya. p/s; walau pun tarikh dah lepas jauh di belakang, saya nak ucap kan happy anniversary yang ke-3 & selamat hari jadi yang ke-23 untuk awak :') Labels: fight for love, freaking awesome ketidaksempurnaan :')
Posted on at 02:35
Assalamualaikum. lewat malam, gelap sangat. tak ade bintang, awan pun tak ade. senyap sunyi malam nie, angin langsung tak menyapa pipi. bayang kan itu bagai hati aku, mengeluh tak sudah. jauh fikiran aku melayang, terlempar kat sebuah pulau yang memang dah lama aku tak jejak. impian dari habis sekolah lagi, nak bina sebuah empayar kat pulau tuh. pulau yang tak pernah tidur & penuh dengan mimpi yang ternyata mengaburi mata setiap yang melihat, Alhamdulillah. ciptaan Allah yang terlampau indah walau pun penuh dengan kedustaan manusia. pada aku, pulau tuh tetap indah. sama indah dengan impian masa depan aku kelak. hakikat nye di dunia nyata, aku masih kerdil. siapa pun tak hairan akan kehadiran aku, hha. begitu juga dunia, penuh onak & duri. impian bina empayar sejak melangkah keluar dari tempat pengajian tuh, nak memiliki semua sebelum mereka dahului aku. kata orang, dalam kamus hidup perlu ade satu perkataan yang tak kan lekat. pada aku, penyesalan. aku tak menyesal dengan langkah aku pada tahun september 2011 tuh, tak perlu tahu mana titik permulaan. hanya Allah yang tahu :') masa tuh, impian untuk bina empayar terlampau kuat. gigih aku lakar kan, penuh warna penuh keriangan. tapi, tak sangka setiap yang aku lakukan ade hikmah sebalik nye. jiwa tak tenteram & mungkin awan hitam sering meliputi langit biru, makin lama makin pudar impian bina empayar tuh. yang tinggal hanya mimpi, jarang sangat nak ade perasaan iri dekat manusia laen. tak kisah sebab rezeki masing-masing dah di tentu kan sejak dalam perut ibu & hati aku yakin yang masa untuk bina semula empayar yang terbengkalai tuh akan tiba tak lama lagi. mungkin niat sebelum nie tak betul, jadi kali nie rasa nye awan putih yang akan penuhi langit :) sang pelangi sentiasa ade, walau pun kekadang hampir pudar warna dia namun masih kekal pada pandangan mata aku. wujud nye sang pelangi nak mewarnai kehidupan manusia, kekadang kejar langsung tak dapat nak dekat sebab sang pelangi tuh ciptaan Allah yang terlampau istimewa. sampai masa nye, sentuh la sang pelangi yang tak ade permulaan malah tak ade penghujung :') menitis air mata bila fikir kan empayar di pulau indah tuh, bila agak nye akan siap? dah cukup aspek dari segala segi? atau, ruang di pulau kayangan tuh sudah penuh & aku harus lupa kan empayar bahagia tuh? ye, Allah tentu kan sebab Dia yang cipta kita. namun tak pernah menjadi satu kesalahan, andai kita lakar impian tuh seluas langit. kan? yang di uji nie, hati nye terlampau kecil. banyak kali di serang peluru, bina tembok yang tak cukup kuat bertahan. dah di rawat, namun parut tak nak hilang. hakikat nye, yang pahit tak mampu di buang jauh. tetap lekat di tengah-tengah lubuk hati, aku biar kan. harap itu mimpi ngeri yang datang singgah bagi amaran, sebab hati kecil nie punyai jiwa besar. tak mampu berhenti & sentiasa menanti kehadiran peluru yang mahu menembusi hati nie, berani cuba sekali lagi? kali nie, aku dah cukup bersedia. empayar tuh akan siap, aku yakin! banyak harta karun yang aku simpan di pulau tuh, banyak cebisan hati yang di makan peluru tertinggal di sana. berjuta janji yang aku belum tunai kan, dengan izin Dia moga semua akan di permudah kan. aku tahu, semua nie agenda manusia. percaya la, pada siang hari langit tak sentiasa cerah. pada malam hari tak siapa sangka bulan akan gelap, sejauh mana kau lakar impian kau jangan biar kan awan hitam basahi coretan tuh. p/s; duhai pelangi, warna kau cuma hiasan dunia. keistimewaan kau membuat aku sentiasa perlu kan kau, bila kau hilang aku akan terus cuba mencari & ternyata kau tak pernah hilang. kau sentiasa ade, di hati aku :') Labels: fight for love, freaking awesome |
|
|