suara cengkerik
Posted on Friday, November 15, 2013 at 16:35

Assalamualaikum
tak lama lagi, semua akan kembali pada asal. sebenar nye, tuh perancangan aku namun belum pasti Allah izin kan atau tak. pada ape yang aku nampak, aku akan kembali seperti dulu. bodoh macam dulu :(

gelak ketawa, senyuman, tangis sedu, marah dendam, keluh kesah semua nye tertanam dalam sangat. tak boleh nak luah kan sebab rasa sengsara kalau tersilap langkah lagi, dulu kawan aku cakap aku hati kering. ape aku rasa nak cakap, aku bedal je. memang betul pun, aku memang hati kering. ape aku nak peduli dengan perasaan orang laen?

tapi, bila dah matang macam sekarang masih ade sisa-sisa hati kering tuh bila terlampau dengar hasutan syaitan :( bila dah jadi, hati orang akan terluka. nak putar balik masa, tapi semua tuh mitos tentang mesin masa. doraemon? sembang dengan budak-budak la bab poket dia tuh. semalam, sampai pening kepala fikir macam mana nak buang perangai hati kering tuh. last, aku teringat ustazah selalu cakap setiap malam sebelum tidur muhasabah diri. fikir balik ape yang dah kita buat hari tersebut. 

kebetulan semalam 10 muharam, ibu cakap elok kalau berpuasa. Alhamdulillah, aku selesai tunai kan puasa & aku sempat buat solat hajat. manusia banyak hajat, macam-macam manusia mintak. ade yang mintak nak jadi kaya, nak kawen ngan anak dato', nak dapat keje bagus-bagus, macam-macam. tapi, aku tak mintak banyak pada tika nie. biar la aku ngan Allah je tahu, semoga segala ibadat aku di terima Allah. 

sampai pukul 2 pagi, nampak cahaya kat langit gelap. guruh, tapi awan tak kelihatan untuk limpah kan air hujan. terbaring kaku atas katil sambil mata melihat siling rumah, terdiam seketika & cuba kosong kan fikiran untuk mula muhasabah diri. tiba-tiba terasa macam berdepan dengan diri sendiri, suara datang dari hati berdialog bertanya kan ape yang terjadi hari nie. aku diam, rasa macam nak menangis tapi air mata dah kering. 

" ape yang kau nak sebenar nye? kau ikhlas atau tak? ape lagi yang Allah tak bagi? kau faham maksud berserah? kau pernah rasa kekurangan? kau pernah terfikir soal mati, soal syurga? untuk siapa kau terus kan hidup? kenapa Allah uji kau & kenapa kau di uji? "

aku tergamam, betul. tuh semua soalan yang tak pernah siapa tanya & hanya hati aku yang mampu menyoal diri aku sendiri, puas beristighfar. sekali lagi, aku cuba jawab satu persatu. tapi, macam nak pecah kepala bila tahu hakikat sebenar. teringat pesan ibu, ikhlas kan hati untuk berubah supaya ape yang kita nak insyaAllah Dia tak kan teragak-agak untuk kabul kan. 

jadi, aku sedar & nampak mana silap nye. jawapan yang hampir 21 tahun aku cari, akhir nye sekarang dah terjawab. aku tak menghargai ape yang Allah bagi, tak pernah bersyukur atas nikmat yang aku ade. tak pernah nak berterima kasih dengan kehadiran makhluk ciptaan Nya yang dah banyak membahagia setiap sudut di ruang hati. lalai. bila susah baru cari Dia & bila dah dapat tak sampai sesaat lupa nak ucap Alhamdulillah. sedang kan Dia tak pernah lupa sesaat untuk benar kan kita bernafas kat muka bumi nie.

ya Allah, besar sangat dugaan nie. lepas semua nye jelas, hati rasa tenang. suara tadi banyak berpesan supaya ikhlas kan hati dalam setiap perbuatan, ternyata banyak kesilapan :( syurga neraka milik Allah, segala nye milik Dia. suara tuh hilang, ntah ke mana. aku cuba lelap kan mata, sambil berdoa agar Allah beri petunjuk pada aku. semoga aku tak kan hilang orang-orang yang aku sayang, berharap mereka akan sentiasa ade dengan aku sampai hembusan nafas terakhir. 

memang setiap manusia lakukan kesilapan sampai terabai hati manusia laen, aku terus kan hidup dengan melihat masa silam. aku kuat kerana masa silam & aku tak nak ulangi kesilapan aku yang pernah aku buat dulu, aku tak nak. aku mintak maaf, bukan niat aku nak luka kan hati kau tapi hati terlampau marah sampai aku hilang pertimbangan. kau banyak mengajar aku erti sayang, maaf kan aku. mungkin aku salah menilai setiap warna yang ade pada kau wahai sang pelangi, maaf kan aku :(

Labels: ,

0 Comment:


Post a comment


« Newer Older »


TOP▲
© 2011-2013 F I E F I Z A I N I.
Design by L.O.V.E & Powered by Blogger.
Best viewed using Google Chrome with a resolution of 1366 x 667.