selepas 1215 hari
Posted on Wednesday, November 13, 2013 at 03:33
awak, dari dulu saya suka sangat dengan awak. walau pun agak kekok saya melihat awak pada pertemuan yang tak sengaja tuh, namun sikit sebanyak ade yang istimewa di dalam diri awak. ternyata betul dugaan saya, tahi lalat dekat dagu awak buat awak nampak comel sangat :)dah mula suka namun belum pernah terlintas nak menyayangi awak pada saat tuh, hati saya belum pulih sepenuh nye. hati saya masih bernanah :( awak jadi kawan baik saya pada masa tuh, awak jadi tempat saya tunjuk kan siapa sebenar nye saya. saya tak pernah berlakon depan awak, masa cinta zaman dulu saya kerap berlakon. berlakon lembut & ayu, macam perempuan melayu terakhir. tak sangka, awak langsung tak kisah dengan perangai kasar saya. mengalah kan awak plak kan? awak pandai bergurau, pandai buat saya senyum. tak sangka awak ambil berat tentang saya, saya nampak tapi saya diam & cuba lari dari kenyataan. sebab, saya tak berani nak serah kan hati saya pada awak. saya lari, tapi banyak masa saya terluang dengan melihat awak dari jauh. saya dapat rasa keikhlasan awak. awak jadi kawan yang terbaik waktu tuh, awak tak selindung pape pun dari saya. semua awak cerita, saya suka. saya seronok tengok senyuman awak, gelak ketawa awak yang tak pernah kenal erti sedih. awak cukup kuat, saya tak tahu macam mana awak lalui semua tuh tapi saya tahu hati awak pun sama macam saya kan? awak ingat lagi nyanyian awak atas pentas tuh? saya tak tahu awak nampak saya atau tak, sebab saya tak lepas walau sesaat pun melihat awak. ye awak, cinta tak kenal siapa. pada tika tuh, saya tak tahu untuk siapa awak nyanyi kan lagu tuh. tapi hati saya rasa lagu tuh awak nyanyi untuk saya :') saya ingat lagi, selepas banyak kali awak luah kan perasaan awak pada saya awak tak pernah berhenti mencuba & saya pplak tak pernah nak mengaku pada awak. akhir nye, saya milik awak. awak terima saya seada nye, saya tak tahu ini akan berakhir dengan kebahagiaan atau sebalik nye. namun, saya percaya akan keikhlasan awak. awak. dugaan kita cukup besar, tak pernah berhenti Dia menguji & tak pernah plak kita berhenti mencuba. selepas 3 tahun, awak masih kuat bertahan. saya kenal awak, awak tak pandai sorok kan emosi awak. saya tahu kekadang saya salah anggap, saya pun manusia macam awak. masing-masing ade ego sendiri, tapi saya tak pernah salah kan awak. tak terkira ape yang saya ungkap kan, saya pernah putus asa. saya nak berhenti dari mencintai awak, tapi. saya tak tahu, saya tak tahu macam mana nak lupa & benci kan awak. pada saya, awak anugerah terindah. saya mahu mencintai ketidaksempurnaan awak, itu yang saya mahu. peduli kata orang, awak tetap awak. awak baik, orang tak nampak tapi saya nampak. saya mencuba awak, tak pernah sedetik saya berhenti. awak ingat lagi janji awak, janji saya? saya tahu saya degil, tapi degil saya kerana sayang pada awak. semoga usaha saya tak sia-sia, awak tak macam orang laen. awak tak pandai nak tunjuk perasaan awak pada saya, saya akui kekadang susah nak tengok awak romantik. tapi saya tak kisah, awak tetap awak. saya harap awak tak kan lupa kan saya walau pun sesaat, saya tengah berusaha sedaya upaya saya untuk buat awak tersenyum. dulu saya tak matang, tak pandai nak buat keputusan. sekarang, saya tahu nie pilihan saya. saya harap, semua nie berakhir dengan penamat yang baik. awak. walau pun dah lama kita bersama, kekadang saya tak pandai tafsir nada suara awak. hati saya cepat terusik, jahitan lama pada parut tuh macam di buka. saya takut berdarah balik, sakit sangat. tapi, awak tak pernah berhenti kan? aku kuat demi saya kan? terima kasih awak, awak mencintai ketidaksempurnaan saya. sekarang, giliran saya. saya harap awak tak kan lepas kan genggaman tangan saya, saya nak bawa awak ke pulau tuh. nak awak bantu saya bina empayar yang sama-sama kita pernah impi kan dulu, moga Allah bantu saya. p/s; walau pun tarikh dah lepas jauh di belakang, saya nak ucap kan happy anniversary yang ke-3 & selamat hari jadi yang ke-23 untuk awak :') Labels: fight for love, freaking awesome |
|
|
0 Comment:
Post a comment