ketidaksempurnaan :')
Posted on Wednesday, November 13, 2013 at 02:35
Assalamualaikum. lewat malam, gelap sangat. tak ade bintang, awan pun tak ade. senyap sunyi malam nie, angin langsung tak menyapa pipi. bayang kan itu bagai hati aku, mengeluh tak sudah. jauh fikiran aku melayang, terlempar kat sebuah pulau yang memang dah lama aku tak jejak. impian dari habis sekolah lagi, nak bina sebuah empayar kat pulau tuh. pulau yang tak pernah tidur & penuh dengan mimpi yang ternyata mengaburi mata setiap yang melihat, Alhamdulillah. ciptaan Allah yang terlampau indah walau pun penuh dengan kedustaan manusia. pada aku, pulau tuh tetap indah. sama indah dengan impian masa depan aku kelak. hakikat nye di dunia nyata, aku masih kerdil. siapa pun tak hairan akan kehadiran aku, hha. begitu juga dunia, penuh onak & duri. impian bina empayar sejak melangkah keluar dari tempat pengajian tuh, nak memiliki semua sebelum mereka dahului aku. kata orang, dalam kamus hidup perlu ade satu perkataan yang tak kan lekat. pada aku, penyesalan. aku tak menyesal dengan langkah aku pada tahun september 2011 tuh, tak perlu tahu mana titik permulaan. hanya Allah yang tahu :') masa tuh, impian untuk bina empayar terlampau kuat. gigih aku lakar kan, penuh warna penuh keriangan. tapi, tak sangka setiap yang aku lakukan ade hikmah sebalik nye. jiwa tak tenteram & mungkin awan hitam sering meliputi langit biru, makin lama makin pudar impian bina empayar tuh. yang tinggal hanya mimpi, jarang sangat nak ade perasaan iri dekat manusia laen. tak kisah sebab rezeki masing-masing dah di tentu kan sejak dalam perut ibu & hati aku yakin yang masa untuk bina semula empayar yang terbengkalai tuh akan tiba tak lama lagi. mungkin niat sebelum nie tak betul, jadi kali nie rasa nye awan putih yang akan penuhi langit :) sang pelangi sentiasa ade, walau pun kekadang hampir pudar warna dia namun masih kekal pada pandangan mata aku. wujud nye sang pelangi nak mewarnai kehidupan manusia, kekadang kejar langsung tak dapat nak dekat sebab sang pelangi tuh ciptaan Allah yang terlampau istimewa. sampai masa nye, sentuh la sang pelangi yang tak ade permulaan malah tak ade penghujung :') menitis air mata bila fikir kan empayar di pulau indah tuh, bila agak nye akan siap? dah cukup aspek dari segala segi? atau, ruang di pulau kayangan tuh sudah penuh & aku harus lupa kan empayar bahagia tuh? ye, Allah tentu kan sebab Dia yang cipta kita. namun tak pernah menjadi satu kesalahan, andai kita lakar impian tuh seluas langit. kan? yang di uji nie, hati nye terlampau kecil. banyak kali di serang peluru, bina tembok yang tak cukup kuat bertahan. dah di rawat, namun parut tak nak hilang. hakikat nye, yang pahit tak mampu di buang jauh. tetap lekat di tengah-tengah lubuk hati, aku biar kan. harap itu mimpi ngeri yang datang singgah bagi amaran, sebab hati kecil nie punyai jiwa besar. tak mampu berhenti & sentiasa menanti kehadiran peluru yang mahu menembusi hati nie, berani cuba sekali lagi? kali nie, aku dah cukup bersedia. empayar tuh akan siap, aku yakin! banyak harta karun yang aku simpan di pulau tuh, banyak cebisan hati yang di makan peluru tertinggal di sana. berjuta janji yang aku belum tunai kan, dengan izin Dia moga semua akan di permudah kan. aku tahu, semua nie agenda manusia. percaya la, pada siang hari langit tak sentiasa cerah. pada malam hari tak siapa sangka bulan akan gelap, sejauh mana kau lakar impian kau jangan biar kan awan hitam basahi coretan tuh. p/s; duhai pelangi, warna kau cuma hiasan dunia. keistimewaan kau membuat aku sentiasa perlu kan kau, bila kau hilang aku akan terus cuba mencari & ternyata kau tak pernah hilang. kau sentiasa ade, di hati aku :') Labels: fight for love, freaking awesome |
|
|
0 Comment:
Post a comment