ikhlas
Posted on Thursday, November 21, 2013 at 00:13

Assalamualaikum
terabai plak rasa nye, tapi aku biar kan. diam tak nak cakap punca. kalau nak tahu, perangai lama macam nak datang balik. mulut nie macam dah ringan nak maki orang. Subhanallah. 

aku cuba kawal, insyaAllah tak jadi benda buruk. ibu cakap dosa ngan Allah, kita boleh mintak ampun. dosa ngan manusia kena mintak maaf cepat-cepat, nanti kat padang masyar tak susah dah nak cari. 

setakat nie ade lagi 3 atau 4 orang yang aku belum sempat jumpa, tak seronok kalau mintak maaf by phone. bila bersemuka baru tahu dia ikhlas atau tak, tapi hakikat nye ikhlas tuh jatuh atas dia. yang penting kita dah mintak maaf, kalau dia tak maaf kan itu urusan dia ngan Allah. tak kan nak kena sujud kaki dulu =='

tapi sayang sangat, kenapa orang suka pertikai benda baik? aku sedih, aku tak pernah nak mintak korang respect aku sebab aku berubah or ape. aku cuma kongsi rasa seronok nie, aku ade hak menulis. kalau korang tak suka jangan baca, blog nie memang aku public kan. tapi jangan la cakap bukan-bukan pasal aku. 

aku tak tipu, memang ade saki baki lagi rasa jahat nak memberontak. tapi aku tak nak, sebab aku nak berubah. kenapa nak curah petrol kat aku? kalau korang rasa tak puas hati, datang la jumpa aku. kalau nak alamat or phone number aku, pm kat facebook. nanti aku kasi. 

memang dulu aku jahat, kawan-kawan pun tahu tapi tak yah la nak cakap-cakap belakang. depan aku korang baek je, belakang aku korang tempeleng aku. tapi, kita manusia. aku pun tak nak judge sape-sape, aku pun bukan baek sangat. kalau tak suka, jangan la kawan ngan aku. aku lebih rela tak de kawan dari ade kawan yang nak simbah tahi kat aku. 

ade kawan aku sorang nie pernah cakap, kawan tak de tak pe. jangan hilang ahli keluarga sebab nanti yang nak angkat keranda kita pun ahli keluarga kita. aku redha beb, sekarang pun dunia dah nak akhir zaman. macam-macam orang tuduh aku, aku diam je. nak melenting nanti kata memanng kita buat, ape pun tak boleh. 

ustazah cakap, berserah la tak pe. itu urusan Allah, kita tak boleh hukum manusia. ustazah cakap kalau ye pun bukan salah kita, mintak maaf je ngan orang tuh. jangan berdendam, tak baik. 

orang tanya, kau keje ape. bila kita jawab, orang angguk lepas tuh boleh plak pegi menyampai kat orang laen yang kita menipu. macam tuh pun boleh? macam tuh la manusia, bila kita hebat sikit mula la nak bawa cerita laen. orang kata mulut tempayan boleh tutup, tapi sape plak yang kata mulut orang tak boleh tutup? meh sini aku try jahit mulut tuh, kot menyesal seumur hidup nanti :)

aku nak jaga hati kawan-kawan. banyak dah aku nampak sekarang, Allah dah buka luas dada aku. mana kawan mana lawan, memang tak semua akan tanya setiap hari pasal khabar kita. jangan risau, aku selalu doa kan kawan-kawan aku yang dah banyak tolong aku dari hari pertama sampai sekarang. 

Allah je boleh balas budi korang, insyaAllah andai aku dah sihat nanti aku plan nak jumpa ramai-ramai. kita pun dah lama tak berkumpul, mungkin nie masa nye untuk keluar kan kebenaran. 

p/s; sudah-sudah la, tak suka cakap je tak suka. jangan berpura-pura. 

0 Comment:


Post a comment


« Newer Older »


TOP▲
© 2011-2013 F I E F I Z A I N I.
Design by L.O.V.E & Powered by Blogger.
Best viewed using Google Chrome with a resolution of 1366 x 667.