meniti menuju ke arah Tuhan
Posted on Wednesday, October 5, 2011 at 15:25
pernah tak kekadang tuh kau rasa diri kau di tinggal kan,pernah tak sesekali kau rasa diri kau di hina bagai anjing kurap. sakit sangat waktu tuh. bila aku menggeliat atas katil empuk, baru aku perasan yang aku terlepas solat subuh. kemudian respon aku cuma, tarik selimut terus berdengkur dengan puas hati. tapi, dalam tidur tuh aku terfikir. " kenapa Tuhan tak mati kan saja sesiapa yang tak solat tuh? " barulah aku sedar, yang Allah Maha Pengasih. kau tertinggal satu dari rukun iman namun kau masih bernafas segar di dunia pinjaman nie, fikir. Allah masih memberi peluang supaya kau berubah. kekadang bila aku keluar bercanda dengan kawan kawan, ramai yang berkongsi cerita. aku mendengar cuma sebagai halwa telinga, separuh dari hati mahu mengikut jejak langkah nye tapi masih waras pemikiran aku untuk terus meniti menuju ke arah Tuhan. si polan selalu bongkak depan kawan kawan lalu berkata megah; " aku dari dulu beb, masuk pub & clubbing semua. tak de ape pun jadi kat aku! " kalau kau nampak dengan mata hati kau, memang Tuhan selalu bayar 'cash' sekarang tapi aku sendiri tak sanggup kalau Tuhan langsung tak ambil tahu pasal kita. maksud aku, Tuhan akan biarkan kau melakukan dosa tanpa membalas apa apa pada kau di dunia. kelak di akhirat, subhanallah. Labels: freaking awesome, randomly, surrounds |
|
|
0 Comment:
Post a comment