peluang kedua atau yang terakhir?
Posted on Tuesday, October 15, 2013 at 03:01
Assalamualaikum, maaf kan aku andai lama biar kan tempat nie berhabuk. sebab sekarang dah ramai yang tak layan blog, tapi pada aku nie tempat ketiga untuk aku luah kan perasaan. pertama mini diary & yang kedua plak bantal, erk. *tutup muka ngan bantal, nangis kuat-kuat ==' kali nie aku nak kisah kan perihal kemalangan yang menimpa aku, tapi bukan sepenuh nya, aku nak cerita sebab ape aku kemalangan. kalau nak aku cerita kan pasal hari-hari yang aku lalui lepas kemalangan, tunggu post yang akan datang ;) nak di jadi kan kisah, pagi-pagi lagi dah bangun. semangat sangat nak pegi keje, lepas tuh aku perasan GG kucing peliharaan aku tuh asyik nak duduk atas paha. aku abai kan, aku terus keluar dari bilik & pakai kasut. kali nie Meme, seekor lagi kucing peliharaan aku duduk atas kasut aku. semua macam protes je aku nak gi keje, sekali lagi aku abai kan. letak je punggung atas sit moto, terus baca doa naek kenderaan. gelak kenapa? muka je ganas beb, doa tetap doa. aku tengok jam, " pergh, bapak awal. silap-silap sempat aku singgah makan roti canai dekat mapley ". aku check, semua lengkap. ape lagi, gerak la. sejak-sejak keje jauh nie, duit minyak moto sebulan RM50 memang tak cukup. bajet lari, dek kerana tuh aku dah plan cantik punya! aku bawa moto 20 km/j & dari Ayer Itam nak ke Gurney Plaza makan masa 20 minit kalau aku terus kan had kelajuan tuh. dah hampir sebulan try, Alhamdulillah plan jimat minyak menjadi. cermat gila aku bawa, tapi sesampai je dekat T-junction Lebuh Thean Teik-Jalan Ayer Itam, moto EX5 warna merah yang duduk sebelah kanan jalan merempuh belakang moto aku yang nak ke arah kanan nie. " lu duduk blah kanan yang lu tetiba melulu nak gi kiri dah kenapa? kepala tengok jalan blah kanan, lepas tuh aku plak yang lu makan! " bukan nak sembang kencang, tapi selama aku bawa moto laju macam pelesit jatuh moto luka je yang aku dapat . memang penuh parut kat tangan ngan kaki, setakat darah tuh memang dah boleh layan & senyum je lepas kemalangan. tapi kali nie bhaii, aku sendiri tak sangka yang rempuhan kecil tuh boleh akibat kan betis kanan aku patah. cina kat situ angkat moto aku, aku bangun & nampak kaki terkulai. " wah, terseliuh teruk kaki aku kali nie! " tuh la yang aku cakap dalam hati, pada hal saja nak sedap kan hati. memang dah terang-terang patah. diorang papah aku pegi tepi jalan, tanya macam-macam. hindu yang langgar aku pun dok kalut tanya pasal report! abang JPAM datang lepas 10 minit aku tahan sakit, aku dah gabra. first time kena naek ambulan, tahap teruk dah la bagi aku. Alhamdulillah, dia buat macam yang aku suruh. macam aku plak yang jadi penyelamat. " haa, abang buka kasut saya slow-slow. kaki memang tak leh angkat dah nie, abang kena papah saya naek strecher betul-betul. nanti jadi lagi teruk kaki saya abang " aku siap pesan lagi kat driver tuh suh bawa elok-elok sebab aku bukan nak beranak, kaki je patah. masa sampai dalam bilik kecemasan aku baru teringat nak belek badan aku, memang tak ade luka langsung. cardigan aku pun tak terkoyak dek geseran jalan raya. lepas diorang periksa, malam tuh aku terbaring atas katil kat wad C12. mengalir air mata aku, masa kat zon kecemasan hubby ade. partner Prudential aku, Ade Ong pun ade kat situ. hubby cuma jaga aku sampai pukul 9 malam, family aku tak tahu lagi yang aku patah kaki. aku cuma khabar kan yang aku kemalangan & sume oke, bukan diorang tak penting tapi tak lama lagi nak raya. tak kan nak buat diorang sedih time macam nie. Sasa ngan umi dia datang lewat, saja nak jenguk aku sebab rumah seberang jalan je. lepas diorang sume balik, sunyi je dalam wad. aku menangis, terkenang balik ape yang jadi. nurse cakap mungkin still terkejut ngan impak kemalangan, masa tuh terkeluar dari mulut aku " ouh, itu sebab nye " dari awal bulan puasa lagi aku memang niat nak pegi tarawih & tak nak tinggal satu pun, tapi bila tengok jadual keje mungkin akan tertinggal dalam 2 atau 3 kali dalam seminggu tuh. tapi, tetap niat nak pegi walau pun sekali. tapi malang nye beb, niat aku tuh tak tertunai walau pun bulan puasa dah nak melabuh kan tirai. mungkin tuh sebab nye Allah bagi petunjuk macam nie dekat aku, menangis pada mula nye. tapi, lama kelamaan aku sedar, Dia rindu nak tengok aku ke masjid. Dia uji aku dengan cara macam nie, memang perit tapi Dia tak kan duga kita dengan sesuatu yang luar dari kemampuan kita. ibu selalu cakap macam tuh, Alhamdulillah setakat nie masih kuat aku bertahan. jadi, ape yang cuba aku sampai kan kat sini cuma kesimpulan yang aku dapat rungkai kan. hanya Allah yang tahu perancangan seterus nye, buat ape nak menyesal dengan ape yang dah jadi. aku bersyukur sebab Dia duga aku, at least aku tahu gak yang Dia masih beri kan aku peluang untuk balik. thanks sebab baca kisah aku yang panjang lebar nie, haters gonna hate but I really hope that you guys enjoy what I share today. be honest to yourself, God knows everything ;) Labels: freaking awesome, kotak memori |
|
|
0 Comment:
Post a comment