cerita sekolah menengah aku
Posted on Wednesday, September 21, 2011 at 17:42
masa sekolah menengah dulu, sumpah aku hodoh! hha, dah la hodoh campur plak dengan lurus bendul aku. memang syiok la kalau orang nak buli aku, phew! nak di ringkas kan cerita aku, aku belajar jadi 'remaja' kat sekolah la.pagi isnin yang hening tuh, aku dengan Ayu bergegas nak balik ke kelas. tak jauh mana pun kantin dengan bangunan asrama tuh. asrama tingkat 3, perpustakaan kat tingkat 2 & kelas budak tingkatan 1 kat hujung ground floor. masa tengah berjalan tuh, aku terpijak belakang kasut si Fatin. makna kata, terkeluar la kaki beliau dari kasut sekolah dia. " woii, hang perbetul balik kasut aku nie! cepat! ", jerit si Fatin " laa, buat la sendiri. bukan aku sengaja nak pijak kasut hang! ", tunduk tak bersalah last aku tak boleh nak buat ape, kalau aku blah karang lagi teruk aku kena paku dalam kelas. aku pun pegang kaki Fatin & masuk kan kasut. macam putera masuk kan kasut kaca ke kaki cinderella tuh. sial gila, hina sangat rasa time tuh! tapi bukan nak kata la weh, time form 1 dulu aku memang bengap. tak berani nak melawan langsung, senang bapak ah kena buli ngan orang. especially si Fatin, aku lah selalu jadi mangsa dia. orang lain dalam kelas plak memang seronok ketawa kan aku bila aku kena buli. sigh ==' dekat setahun, aku kena buli. tak lah teruk mana, lebih kurang macam usik je. pada aku, dah macam kena buli la bhaii. naik form 2, si Fatin nie pindah sekolah. masa dia tak de, aku rasa macam bebas gila. time tuh la aku naik tanduk! hha aku, Ayu, Niyaz, Mimi, Kamarul, Iefa & Ana Sasa, Mimi, Iefa, aku, Ana & Mysara hha, kitorang dari form 1 sampai form 3 aliran bahasa arab. nie time ko-k, pameran untuk kelab kemahiran al-quran. haa, jangan tengok aku ligat macam nie aku tak pandai aw! hha. nak di jadi kan cerita, aku dah tak kena buli lagi & aku plak la yang jadi 'taiko' dalam kelas. cukup seronok habaq hang ==' kat sekolah menengah aku nie la, aku dah pandai bergaul ngan kawan kawan kelas. bercakap depan orang ramai pun, dah ade keberanian. haa, masa form 4 plak lagi ngeri. aku sekelas ngan Ana, aliran akaun & biologi. sumpah kelas tingkat atas kat bangunan baru, gila gampang malas nak turun bawah beli makan time rehat. last, aku ngan Ana port pintu belakan time loceng rehat bunyi. bila ade je muka yang agak boleh jadi mangsa, aku panggil la " wehh, Peah! mai sat, mai la. yang dok takot sangat pasai pa tak tau! " " awat nya? aku nak turun rehat nie " " nie, hang pi beli sat kat aku nugget singgit. sos banyak aw " " urm, ye la ", dengan muka fed up Peah terpaksa ikut arahan aku. aku pun tak tau kenapa diorang ikut cakap aku ==' memang kena pedajal gila la budak budak yang lalu depan kelas aku, hha. waktu rehat lepak dalam kelas, pengawas seekor pun tak berani nak tegur. eh, silap! diorang naik fed up nak tegur, hha. tapi bila kelas add math dengan kimia je, aku ngan Ana terus 'demam'. mula la wat perangai dalam kelas. mengantuk nauzubillah, tulis mood dalam kertas, main game dalam handphone! menyetan gila habaq hang. yang paling aku tak boleh lupa, time kelas add math. cikgu cina, memang kena pedajal gila dengan aku. " oke semua, buka buku muka surat tujuh. I tulis kat depan, you all salin ", bercakap ngan loghat cina sambil menulis habis satu papan hitam penuh. tak de tempat nak celah pun ==' lepas tuh dia sibuk suruh kami satu kelas salin cepat cepat sebab dia nak padam, nak tulis yang baru. memang ade point la nak kena ngan aku. " miss, lantai ada lagi meh. tulis lantai laa, hha ", merah padam muka cikgu tuh. aku buat relax macam tak de pape, yang Leonard ngan Nadia boleh gelak tak berhenti. Ana plak siap tepuk bahu aku sambil gelak jatuh kerusi. celaka! lawak ke? hha. kelas Murni, kekal tiga tahu berturut turut kelas form 4 aku, gempak sial ==' kekadang bila dah fed up nak pekena cikgu tuh, kami port meja belakang. aku, Ana, Leonard, Aizad, Aisyah, Anis, Danial, Akmal. kekadang si Nadia ikut gak, hha. lari ikut pintu belakang lepas tuh jadi penolong HEP plak, dok ronda satu sekolah sambil bagi kritikan. gampang, hha. yang best nye, tak pernah la nak kena denda kalau kantoi. hha tapi kan, ade sekali tuh. pengawas kelas kitorang, nama ape ntah. aku tak ingat, dia tak berapa glamour tapi kalau ade je yang jelik di mata dia. memang dia tulis dalam buku pengawas dia. kalau tak silap aku, waktu tuh waktu rehat. geng aku lepak ramai ramai dalam kelas, fed up dah makan kat kantin. yang si Leonard ngan Aizad sibuk dok 'repair' rambut Hazrin dengan gel rambut. haa, mau tanya lagi. pengawas tuh pun marah marah si Leonard dalam bahasa tamil, aku tukang angguk je sambil gelak tak faham. " I'll report it to Sir haa ", kuat mengadu betul la. last gel tuh kena rampas, perasaan tak puas hati gila time tuh. Leonard ngan Aizad paku habis la minachi tuh dalam kelas. hha, cian gila aku tengok. sampai melalak lalak nak berhenti jadi pengawas. memang best gila time sekolah menengah dulu, tak lupa gak dengan style pakaian sekolah. jadi trend ikutan. kasut high-cut, lepas tuh kain lipat kasi tinggi. tudung kasi pendek, baru rockers. hha, kalau cikgu disiplin tuh alert. memang mati geng aku di buat nye, semua kaki kelempeng. endah tak endah je, hha. eh, nak continue agy boleh? hee, nanti plak ye :) Labels: freaking awesome, kotak memori |
|
|
0 Comment:
Post a comment