i never learn how to pronounces those three words
Posted on Tuesday, April 6, 2010 at 02:16
kepenatan bekerja akhir nya berbaloi bila tiap² malam lepak dekat mapley sambil minum teh 'o' ais yang kak maz belanja. kaz maz dah berumah tangga, baik orang nya & tak pernah kedekut. kelakar dia memang buat aku dengan kak ella seronok je time kerja, kak ella pula tunang orang. orang sarawak yang memang senang sangat nak bergaul dengan aku yang kepala ada sedikit ting-tong. hha setiap malam lepas selesai simpan duit dalam peti besi, kritik hal budak² punya kerja aku dengan yang lain sedap lepak dekat mapley. pekena secawan then lepak sampai berjam² tak ingat dunia. nampak je yang pelik sikit, mulut kami mula berbunyi but bukan mengumpat tapi kritik je sikit. hha. lepas tuh ketawa kuat². hari ini aku rasa seronok sebab dah rasa aku ada life aku yang memang da lama aku nak cuba merasa, poket dah kembung sekarang. hha, ye la tuh T__________T tadi, sepupu aku abang zul yang dah memang aku anggap 100% macam abang aku datang jemput aku balik dari kerja. seronok sebab dia memang baik dengan aku, layan aku lebih sikit dari adik² yang lain. hha, aku bangga. eyh, jangan nak menggedik dekat sini oke. hha, acara yang sama juga. lepak dekat mapley sebab bajet cuma cukup untuk tiga gelas teh 'o' ais, honest betul la aku nie kan? what ever la. bila dah lama lepak, kak maz dengan kak ella da balik. tinggal aku dengan abang zul, abang mula buka cerita dia dengan tuttt then abang tanya pasal episod cinta aku yang gila lama tertangguh tuh. aku just senyum & cerita serba satu dari A sampai Z sebab dia je yang boleh aku percaya kan, abang mula buka ayat yang memang buat aku pasrah. memang pasrah. aku tak terkata, straw teh 'o' ais tadi aku gigit tak berhenti. tangan kiri aku belek² kasut dengan stokin. mata mungkin kena tiup dengan angin sampai berair. episod cinta yang tertangguh dek kerana kerja aku dan dia makin rumit bila abang zul cerita kan segala nya, mungkin dia pun serba salah sebab aku adik dia. aku terima, sumpah aku tak berdendam sebab aku bukan jenis macam tuh. heh, kau tengah fikir apa huh? ye, memang aku tengah frust bercinta sebab manusia sekarang dah tak kenal mana baik & mana jahat. abang zul cuba nak sedap kan hati aku agak nya atau mungkin kenyataan yang tak ada siapa dapat jelas kan
aku diam, aku tak balas sepatah pun. straw masih aku gigit, tangan kiri masih belek kasut. mata makin berair, tunggu nak melimpah je.
mungkin abang da sedar dengan keadaan aku, selamba je aku jawab
abang zul dah faham, kami terus balik tapi atas motor air mata aku menitis di setiap saat bila aku teringat balik apa yang dah aku lalui dengan dia sebelum nie. memang dah tak sanggup tahan, aku sabar. sampai je kat rumah, aku terus mandi. aku terus online facebook, ouh tolong add aku sekali ye. maaf kalau aku reject korang as friend sebab aku tak suka nak menyemak, kecuali kalau aku kenal korang. macam biasa aku cari teman aku, biehah. semak gak kepala otak, alhamdulillah aku rasa lega. aku sempat hantar sms dekat dia, hha. ouh, aku memang cepat menangis & cepat putus harapan. oke la, malas nak emo dekat sini. rasa macam menyemak kat ruang sendiri. ouh, korang². aku nak beli pengesot gula la, korang tahu tak benda apa tuh? hha, nanti la aku cerita kan. thanks, love ya. Labels: fight for love, freaking awesome, kotak memori, randomly |
![]() |
|
0 Comment:
Post a comment