meninggal kan jejak hidupku
Posted on Tuesday, March 30, 2010 at 18:50
alangkah bahagia nya jika aku dapat ulang kembali waktu tuh, ahh. tersentuh juga bila aku teringat kembali. seronok aku drive melalui bukit merah, dapat cuci mata atas highway. pecut laju sebab hati makin rindu dengan tanah air & tanah kelahiran aku pulau pinang. hati berdegup kencang, kaki terhentak² rindu kan korang di pulau pinang. teringat semalam dekat wall facebook
agak teruja hati nie, macam dah ada kat awan plak. setiba nya aku di atas jambatan pulau pinang, wuuu. hati aku teruja & makin teruja sebab dah lama aku tak kembali ke tempat asal aku nie, rindu hati dah terubat & " welcome home baby! ". aku terus kan perjalanan ke halaman cendana di bukit gedung. rumah sasa, teman baik masa di sekolah menengah dulu. makin ayu dia sekarang. masing² teruja. aku & sasa terus keluar, ambil angin petang. hha, dah lama sangat aku tak jumpa hadi. skandal masa sekolah dulu, macam bongok kalau di ingat kan balik. tak yang la aku cerita kan sebab kalau aku cerita kan boleh masuk sampai dua entry. sampai depan rumah dia, macam² benda keluar dari mulut dia. hha, dah lama tak dengar celoteh orang penang. 2 tahun aku tak bersama dengan diorang, ye la lepas PMR ada yang ke sekolah teknik & aku plak pindah ke kelantan. so? chatting je la cara untuk contact dengan diorang ==' ouh, aku jumpa marwan. 3 tahun aku dengan dia sekolah sekali tapi tak pernah langsung kami bertegur but tahun lepas kami start chatting & yeah! kami dah jadi kawan baik sekarang. FYI, dulu masa aku kat sekolah memang aku skema gila. betul, aku tak tipu. kami ke sekolah, depan sekolah je. iefa pun ada depan sekolah, teringat juga dengan sekolah nie. dulu, lepas balik sekolah sambil tunggu bas kitorang ramai² suka beli ice blended dekat pak cik hujung jalan tuh. sedap, dengan sprinkle coklat lagi. rindu, betul² rindu. kenangan berkain biru tuh bagai kan terpapar macam slide show depan mata aku, air mata macam nak mengalir tapi aku tahan sebab ada sasa & iefa :) waktu nak melepak ada lagi, aku singgah ke rumah ana. kebetulan kata nya dia tak boleh keluar, nak pula ayu pun kerja. rumah ana pun boleh jadi port untuk aku lepak. hhe. tapi sumpah aku marah. hati aku hancur lebur bila sampai dekat rumah ana.
aku blah dengan sasa macam tuh je, dia tak halang aku. macam tak di hargai kan? aku tak kesah, dia ada life dia sendiri. aku balik nak happy² so jangan nak gatal menangis pula! planning hang out malam 24 mac tuh menjadi. mimi, liesa, sasa & aku sempat lepas kan rindu di bowling bukit jambul. hha, hang out yang memang gila². masing² dah banyak perubahan. liesa makin berisi, sasa makin berseri, mimi makin seksi & aku yang rindu tak berhenti². lepas seronok main, jam dah pukul 10 malam. lepak la pula dekat area lama aku, relau. ya allah, dah banyak berubah kat sana. makin maju :) aku sempat jumpa iela, join makan sekali. hha, after 5 minit marwan dengan kawan² yang lain datang join aku juga. pergh! tempat makan tuh macam kitorang punya. agak lewat malam tuh kitorang balik, hha. kejadian dengan marwan memang jadi kenangan plus liesa tidur rumah sasa. yang tuh pun kenangan, korang memang tidur buas! aku sanggup tidur bawah kat lantai :) malam tuh, mimpi indah sangat. macam dah tak nak bangun dari tidur tapi badan aku panas. aku demam, huh. lepas liesa keluar ke rumah mira di bayan lepas, aku tidur seklai lagi. umi sasa datang pegang badan aku, umi sasa nie nurse. dia baik hati, nak bawa aku ke klinik. erk, bertuah sangat kalau aku sembuh lepas bawa gi klinik. hha, aku sempat telan panadol yang sasa kasi lepas aku tolak pelawaan umi sasa. dah tengah hari, demam makin kebah. alhamdulillah. kami bergerak keluar ke rumah rara di permatang damar laut, pandangan makin jelas terserlah. hati berdegup kencang mengingat kan party reunion goodbye kali nie, ntah. mungkin dah lama sangat aku tinggal kan kawan². jalan raya agak sesak sebab 25 mac hari jumaat, banyak yang keluar lunch & solat jumaat ==' hhu, kami berkumpul dekat rumah mysara pula. kat situ, ramai yang ada lepas jam 1.45 petang. rara, liesa, mysara, mira. hhu, memang kami dah lambat. then ke rumah hanis dekat sungai nibong, telefon berbunyi dari tadi lagi. dieya & mimi sampai di QB tepat pukul 2 petang waktu yang di janji kan. sama juga dengan atul & umar. haish, admin pun boleh lambat. aduhai, maaf keyh :( memang gelak geli masa sampai, aku tak berhenti peluk dieya. mungkin rindu. sebab asyik chatting je kan? hha. semua dah berubah, makin maju dalam hidup. aku? hha, aku cuma mampu ketawa bila orang tanya perjalanan hidup aku. sempat juga cari publisiti dekat QB, hha. dah lama sangat tak lepak tempat nie, dulu lepas balik sekolah mesti lepak sini. ye la, ambil angin malam. cuci mata sikit. penat kan? hha, kitorang nie tak ada port lain kalau nak makan lunch. so? kapitan la, hha. sini memang port budak² sekolah, memang gempak sial mamak² kat sini. mak cik kaunter tuh still ingat aku, walau pun dah 2 tahun tak hang out kat kedai dia. hhe. order punya order, makan memang gila² punya. bersembang tak berhenti. mula nya, dah planning nak tengok wayang but ada juga yang tak nak tengok so aku terpaksa tukar aktiviti tuh jadi lunch. wuuuu. lepas selesai jelajah satu queensbay mall, 14 orang yang hadir masing² dah nak gerak balik sebab event memang selesai jam 6 petang. rindu? tak la, sayang je. hha. geng² musang malam masing² lepak tepi pantai, sementara tunggu geng yang lain untuk sama² gerak ke padang kota. whoa, seronok la keluar malam. hha, kalau nak di ikut kan aku nie dah lama sangat tak jadi musang malam. hha. agak dalam pukul 10 malam baru kitorang gerak ramai² ke padang kota. perjalanan ke padang kota memang tragedi yang pahit tapi ada juga manis nya. kami berpecah dengan budak lelaki yang lain. sampai dekat padang kota baru, motor mimi & biela hilang kawalan lepas sebuah kereta terus memcut laju. aku yang ada di belakang memang sikit lagi nak terlanggar kepala biela, alhamdulillah diorang tak ada apa². cuma luka kecil. kat situ, aku nampak ketabahan diorang nak bersama aku. tuhan je yang tahu macam mana sedih nya aku tengok keadaan diorang. lepas 5 meter motor aku bergerak, sikit lagi aku pun bakal jadi hal yang sama. aku terlampau risau kan kawan² sampai aku tak perasan kereta nak kasi signal belah kanan tempat kat mana aku tengah pecut laju. sempat aku elak, fuhh. sampai je aku dekat padang kota, hati kembali tenang. ramai yang ada malam tuh, hha. musang malam :) azhan & daniel pun ada lepas kami selesai makan dekat astaka, tepi pantai la tempat yang memang aku nak sangat lepak. azhan dah makin tinggi, makin kacak. hha. daniel, kawan baik azhan yang memang dah lama cuba cuit hati aku. 3 tahun dia tunggu aku & baru malam tuh aku sapa dia. sebelum nie cuma berchatting ==' agak lama kitorang hang out, ye la malam minggu. hhe, makin seronok la musang² malam nie. then, kitorang bergerak balik. hantar satu persatu balik, azhan & daniel lepak bawah rumah sasa. aku balik rumah lewat malam tuh. pukul 3 pagi baru jejak kaki kat rumah sasa, perbualan dengan daniel makin serius tadi. gelagat marwan memang aku tak boleh nak lupa, hha. teringat pula waktu aku bawa motor nouvo's dia, pergh tak ingat dunia! pagi 26 mac, aku dah bergerak balik ke rumah. sedih sebab dah berjauhan dengan diorang. tak rasa macam selalu, rasa... pelik sangat, tapi aku nekad nak buat " remak & recharge " event for the second time before masing² bawa haluan masing². kali nie, aku nak pasti kan semua nya ada untuk event tuh. sumpah aku rindu korang. p/s 24 mac - 26 mac adalah hari yang paling indah buat aku, terima kasih. aku sempat update dekat facebook tentang event nie. " thanks for all the support & i'll promise that i'll make a "remake" for you guys again before this july.really damn miss you guys a lot,take a good care of our memories.love yeah! " Labels: freaking awesome, kotak memori, surrounds |
![]() |
|
0 Comment:
Post a comment