i do what i like and i like what i do
Posted on Saturday, January 30, 2010 at 23:47

hha, makin banyak pula idea aku untuk menaip nie. tetiba pula rindu dengan blog aku yang tak seberapa banyak pun followers nie, heh. padahal tiap² hari nak update but idea asyik tandus je, ceyh. kolot betul kan pemikiran orang zaman sekarang, sampai nak menulis pun ada yang sanggup nak meniru nukilan orang dan ada yang sampai boleh nak mereka cerita untuk tarik minat orang dengan cerita² bohong tuh! bagus ke huh? kalau bagus, aku pula nak try. hha, tak mungkin baii.

bila idea dah banyak macam nie, apa yang aku tulis pun memang 100% comfirm aku tak sedar sebab jari nie main taip ikut suka dia je. huh, tengok jari nie dah tak nak berhenti menaip laa pula. fuhh, hha. sambil menaip tuh tak rasa kosong sangat bila dengar lagu, eyh² baru aku sedar yang collections mp3 aku nie penuh dengan lagu yang memang melayan perasaan gila laa. hha, apa laa nasib anak zaini nie kan? hhe. ohh, mood aku sudah bertukar laa. hati aku terguris walau pun aku tak bergerak langsung dari atas katil nie.

aku diam. keyakinan aku dah berkurangan sebab ibu dah cakap sesuatu yang memang dah buat aku down sampai habis battery. ohh, sial betul hati aku nie. bangun exercise pagi tadi pun dah kena sound dengan ibu sebab dia cakap aku macam nak sisih kan diela, adik aku yang kat mrsm tuh. dia balik bercuti minggu nie. huu, aku biar kan. bukan sebab aku nak sisih kan tapi aku malas nak ada orang di sekeliling aku, aku nak bersendirian. sumpah tak ada niat nak luka kan hati adik aku tuh.

petang tadi aku tertidur dua kali, bila dah tersedar kali kedua jam 16:30 aku terus bersiap. dad dah janji nak bawa kitorang keluar gi gegar ria kat taman tasik tuh, tapi kesian kat aku. nampak macam excited sendiri je, fanatik dengan berpakaian hitam lengkap macam bodoe! aku diam, aku dah nekad dan aku keluar sendiri dengan nouvo's aku tuh. ibu sound lagi sebelum aku pergi " ajak laa angah tuh! " aku balas, " dah ajak tadi tapi dia tak nak ikut " aku cakap soft je sebab tak nak buat ibu makin marah. memang aku ajak diela tadi, tapi dia yang tolak. tak kan aku nak paksa. ibu makin marah sampai dia cakap " dah ajak pun macam ajak² ayam, kalau ibu pun ibu tak nak ikut "

ohh, aku pecut nouvo's sampai 80 km/h. aku nak menangis bila ibu cakap macam tuh. macam kejam sangat aku nie, henti kan laa suara tuh. aku dah tak sanggup nak dengar, memang tak sangka nak jadi macam tuh. aku pergi gegar ria tuh, tak menarik hati aku dan tak ada langsung yang nak menghibur kan hati aku. tambah pedih hati aku, aku simpan dalam² sebab tak nak terus menangis. aku pergi kat taman kanak² taman tasik tuh, seronok sebab dapat tengok budak² main dengan mak bapak diorang. tak sedar pula air mata aku mengalir bila terpandang keluarga bahagia tuh, ohh kau terlampau lembut fie!

aku kesat air mata aku lalu aku pandang pada lopak air, nampak wajah aku. huh, tak seceria dulu. mungkin sebab aku dah besar sekarang, muka dah tak sesuci dulu. dah penuh dengan dosa. hati mungkin dah terbuku dengan segala alasan hidup. aku nak balik, kali nie aku bawa slow je nouvo's biru tuh. terasa basah pula muka aku, air mata mengalir lagi. maaf, tak dapat tahan sangat bila teringat kata² ibu. bila dah sampai, aku cuma diam je sebab malas nak cerita banyak. nanti kena smash lagi. adik² seronok main kat luar tapi aku masih dalam kejadian 16:30 tadi, huuu. mengeluh panjang, masuk dan terus sampai maghrib.

hajat aku nak juga join konsert gegar ria malam nie, tapi malang betul nasib aku. dah bersiap kemas ala budak² indie nak pergi gigs, aku minta izin dengan ibu. ibu cakap dengan suara tinggi suruh aku bawa diela sekali, aku masuk dalam bilik sekali lagi. kenapa dia tak faham yang aku nak bersendirian? aku senyum je bila keluar sebab tak nak ibu tahu hati aku sakit, aku ajak diela. tapi kena smash untuk kali ketiga, ibu kata " dah aku suruh baru nak ajak angah tuh, kalau tak suruh dia nak pergi sorang². nak menggedik sorang²! " ahh, yang dah terluka tadi aku dah tampal plaster tapi kali nie kena balut pula hati aku. dah berdarah. sial.

aku rasa kecil sangat kat mata ibu, aku tahu dulu² aku jahat tapi manusia berubah. aku tahu aku jahat tapi kenapa dia tak nak terima kenyataan yang aku dah berubah? sial, aku menangis lagi dalam bilik tapi kali nie aku cover dengan baca majalah² lama aku. kenapa ek? sebab ibu ada diela ke? aku malu sebab selalu kena marah depan adik² aku, mungkin ibu dengan dad dah tak sanggup nak tanggung biawak hidup macam aku. mata aku terpandang gambar aku masa aku kecil dulu, ya tuhan. masa tuh zaman kegemilangan aku. masih ingat lagi masa tuh, aku dah umur 6 tahun

" abah, sayang fiefi tak? "
" mesti laa abah sayang, fiefi kan anak abah "

ouh, indah kata² dad masa tuh. aku rapat dengan dad, aku laa anak manja dad. pergi ke mana pun memang aku jadi tumpuan dad, sama juga dengan ibu. bila dah ada adik², aku mula sedar yang aku dah kian lama kian dewasa. dah jadi anak dara. dad sekarang sibuk layan adik² yang lain, dyorang pandai dari aku. aku nie setakat addmath pun dapat 16%, apa laa yang nak di bangga kan sangat. terluka sangat masa tuh.

" dad dengan ibu sayang fiefi tak? "

dyorang tak jawab langsung sebab aku tanya dalam hati, aku malu nak tanya sebab aku takut nak dengar jawapan tuh. aku tahu dyorang sayang semua anak dyorang sama rata plus tak kurang tak lebih pun. tapi ibu dengan dad tak tahu, fie nampak kasih sayang tuh. kasih sayang kena kasi sama rata pada waktu yang serentak, tapi kasih sayang ibu pada fie ibu tak tunjuk bila diela balik, kenapa ibu lebih kan dyorang. even fatika pun ibu layan terlampau baik, fie anggap dia macam adik walau pun sama umur tapi tak sangka dia dah rampas tempat fie.

" tyka jaga diri, kerja elok². ibu sayang tyka "

tuh message ibu untuk tyka yang sekarang sibuk kerja kat KL, kami rapat masa kat kelantan dulu. ouh, terlampau sadis pemikiran aku. aku tak salah kan sesiapa, aku salah kan diri aku nie! sebab terlampau bodoe! aku nie satu² nya manusia yang sangat lemah bila ada masalah, sial. maaf. aku terkasar. aku jahat, tak sebaik malaikat. aku malas, tak serajin anak angkat ibu. aku tak berapa pandai, tak macam diela dengan adik² yang lain. semua kenangan macam terpapar depan mata balik sebagai slideshow. lagu kencang jadi balada.
" ayah kamu datang, saya nampak wajah dia di raut wajah kamu bila kamu bermasalah sebab kamu saling tak tumpah dengan ayah kamu. kamu rapat. kamu anak ayah. dia ada beritahu saya yang dia dah tak berapa nak percaya kan kamu, apa yang fiefi dah buat? dia ada cakap lagi tentang syarikat dia, ayah fiefi nak serah kan syarikat tuh pada kamu bila kamu dah 18 tahun nanti tapi sekarang dia dah tak percaya kan kamu. kenapa boleh jadi macam nie?  "
menitis air mata aku dalam bilik disiplin hari tuh, aku malu sebab menangis. ayib ada, dia yang sambut aku lepas aku keluar dari situ. dia dah cuba tenang kan aku tapi aku tetap menangis. ayah aku sendiri dah kata macam tuh, apa lagi yang patut aku harap kan. ntah, mungkin nie semua drama semata². aku cemburu dengan keluarga orang lain, semua nya ada aktiviti keluarga. aku di lahir kan dengan sifat yang suka sangat nak menyendiri, aku tak suka tempat yang crowded tambah pula crowded dengan benda yang aku tak suka. kecuali laa kosert tuh! memang aku macam nie, jangan salah kan aku.


maaf sebab aku terpaksa papar kan masalah aku dengan keluarga aku, blog nie tempat aku dan kalau korang rasa aku nie nak cari pulisiti dengan cerita murahan korang dah tersalah blog. korang boleh keluar dari blog aku, aku buat blog untuk aku kata kan apa yang aku rasa. aku tak sempurna tapi aku akan tetap cuba! apa guna ada blog kalau kita private kan dan apa guna ada blog tapi tetap cerita kan perkara bohong hanya sebab nak blog kau ada pengikut yang ramai!

p/s aku tak suka cari publisiti murahan

Labels:

0 Comment:


Post a comment


« Newer Older »


TOP▲
© 2011-2013 F I E F I Z A I N I.
Design by L.O.V.E & Powered by Blogger.
Best viewed using Google Chrome with a resolution of 1366 x 667.