early in the tickling morning
Posted on Saturday, January 30, 2010 at 12:38

argh, pagi tadi dapat bangun awal. teringin pula rasa nak exercise kat luar rumah aku tuh, maklum laa rumah aku nie komuniti dia baik² belaka plus bila cuti macam nie memang senyap sunyi waktu subuh. psstt, aku bangun awal then mak aku boleh sound pula ' boleh bangun mandi nak gi jogging tapi solat subuh berat pula! ' aduh, kena smash betul² kat tepi telinga aku. bengang telinga aku. hha, padan dengan muka aku. belajar tinggi² tapi bodoh makin bertingkat².

kebetulan bilik baru aku nie tinggi, then ada tingkap kat penjuru atas. boleh dengar clear je orang azan subuh, sayu aku dengar sampai aku rasa aku nie kecil yang amat. ohh, insaf betul. lepas solat subuh tuh, aku terus kan misi untuk exercise. wak lu! nasib baik aku tak pancit, sempat la pusing 3x taman permainan budak² yang besar padang bola tuh. sampai depan rumah tuh, macam nak mampus rasa. mahu tak rasa macam tuh, lari satu round dah berdiri bulu roma sebab rasa macam dah terselisih dengan benda tuh. tapi still 3 round sebab dah alang². hha.

lepak depan rumah dengan muka dahaga. malas masuk dalam rumah sebab aku comfirm dapat bantal sekali lagi then bangun pun masa orang semua dah siap lunch, hha. diam. sunyi je kawasan rumah aku tuh, teringat perbualan aku dengan rohaida semalam. haa, dia pun salah satu yang pandai nak buat aku ketawa dalam setiap situasi. dia juga laa yang banyak mengajar aku dalam study. pernah sekali tuh apa ntah aku mencarut dalam kertas jawapan addmath, dia laa yang tolong settle kan. thanks daa.

al-kisah nya rohaida dapat free call semalam, sembang sakan la ore kelate kito nie gak. hha, aku da makin pekat bercakap bahasa kelantan nie. awal² lagi dia dah terjah aku dulu, dia tanya pasal aku dengan ayib. eyh, jup². da lama kan aku tak update cerita pasal ayib kan? huh, berbalik pada cerita asal. bila dah di terjah tuh aku pun dah rasa sebak sebab kawan² memang caring gila dengan hubungan kami. so, get along with the story then tersasar pula kes kawan kitorang nak kawin.


aduhh, bila aku fikir kan balik mungkin betul cara diorang tuh sebab nak elak dari berlaku nya maksiat kan tapi bila aku pertimbang kan balik semua nya dah terlebih. hoii, fikir sikit mak bapak korang yang dah besar kan korang. tak kan laa korang nak buat keputusan atas dasar nafsu or nak bukti kan cinta, oke part yang nak bukti kan cinta tuh betul tapi fikir usia dengan duit dalam poket kau tuh dulu! memang jadi impian semua untuk naik jinjang pelamin kan tapi ada plak yang kes teringin nak kawin lari, o-hoii. mau tak penat tok kadi tuh nak lafaz nikah untuk kau! hha.

tapi atas pengalaman aku, kawan aku nie memang dah tak ada keputusan untuk soalan tuh. so untuk kawan aku tuh, aku cuma mampu nasihat je macam aku nasihat malam tuh kat kau. aku cuma tak nak kawan² aku menangis je bila dah buat keputusan tanpa restu mak bapak. aku tahu sebab aku budak jahat, mak tak restu aku keluar rumah terus kena langgar motor. hha. kawin bukan benda main², bukan macam waktu kita kat sekolah lagi. sebelum kawin boleh panggil baby lagi tapi dah kawin esok boleh dengar laa dia panggil kau dengan nama yang tak berapa nak sedap kan telinga. tak dapat, memang berbunga laa but bila dah dapat tuh kau boleh tengok macam mana perangai mat bunga tuh!

ahh, rasa macam bodoh kan. biar kan je laa apa yang diorang tuh nak fikir. keputusan kat tangan korang dan aku sebagai kawan cuma mampu nasihat je kan? kalau dah terpaksa nak kawin tuh kawin je la, janji korang jemput aku gi kenduri korang pun dah kira oke. aku nak melawa kat kenduri kawin korang nanti. hha. batak betul. tuh laa cerita aku dengan rohaida malam semalam, sedih sebab aku kumpul dosa yang memang dah berbakul². sempat laa aku tanya khabar kawan² dari rohaida, sana sini ada cerita. memang tak leyh lupa dengan cerita zaman sekolah dulu.

ohh, rohaida mengingat kan aku tentang challenge yang biehah suruh aku sahut masa kat kelas tahun lepas. mahu tak gila aku di buat nya dengan cabaran tuh, heh. ada ke patut dia cabar aku dalam sehari jangan sebut nama ayib, hha. wieyh, aku nie tak boleh tengok ayib tak ada dalam kelas. bila dia tak ada je comfirm aku tak sedap duduk, aku jadi cepat gelabah bila dia tak ada. tapi sayang, aku kalah contest tuh. dalam masa 30 minit pun dah beratus kali aku sebut nama dia, hha. bodoe betul laa aku nie sampai tak lekang langsung nama tuh dari mulut aku. ohh, aku sayang kau ayib!

p/s hargai laa zaman korang kat sekolah keyh, tua² esok comfirm korang akan jawab " waktu skola den la yang paling den suko, den minat ko milaahh tu haa tapi dio tak minat eden! " hha

Labels:

0 Comment:


Post a comment


« Newer Older »


TOP▲
© 2011-2013 F I E F I Z A I N I.
Design by L.O.V.E & Powered by Blogger.
Best viewed using Google Chrome with a resolution of 1366 x 667.