tak ada lagi yang akan kejut kan solat subuh
Posted on Friday, May 6, 2011 at 14:49
petang jumaat, selepas selesai hantar abah pulang ke Kuala Lumpur giliran aku untuk urus kan perjalanan pulang ke Lenggong untuk mengambil giliran mengganti kan makcik aku menjaga opah di kampung. petang tuh kelihatan wajah ibu suram sangat, tergerak hati aku tak nak pulang ke kampung tapi ibu perlu pulang menjaga opah.berat sebenar nya hati aku untuk pulang ke kampung, tapi memandang kan aku saja cucu opah yang agak malas & masih bercuti ketika nie. maka terpaksa la aku ikut arahan ibu, huh. e'one & apek pun ikut pulang, 1 Mei jatuh hari ahad. so hari isnin masih cuti. dalam kepala masih menghitung berapa hari nak survive di kampung. actually, aku bukan nak kata yang aku nie tak suka pulang ke kampung tapi kalau ko letak aku kat kampung dalam tempoh sebulan, memang kurus aku jawab nye. hha. bukan tak cukup makan, tapi aku tak makan masakan kampung. almost every time aku balik, aku terpaksa bekal kan diri aku maggi or something yang boleh aku jamah. aku dah pernah cuba merasa ulam ulam & pucuk paku semua tuh tapi, tak serasi dengan lidah. aduhai ==' setiba nya di kampung, opah masih terbaring. lemah longlai badan beliau. sebulan yang lepas, opah terlentang di katil hospital. opah dah sama umur dengan Dr Mahathir, 85 tahun agak nye. tak pasti, sebab bila aku tanya ibu pasal umur opah. ibu mesti cakap " ish, umur opah kamu tuh rasa nya sama je dengan Dr Mahathir tuh. kalau tak silap ibu la " sambil garu kepala, aku pun terus kan buat karangan tentang ahli keluarga tuh. ceh. keesokan pagi nya, di kampung lengang. pakndak balik ke Kedah, rumah mertua. cikbedak plak balik ke Kelantan, jadi ini la sebab nya kami pulang ke kampung. keada jadi sunyi sepi, tak banyak gelak ketawa macam dulu. opah jadi lemah, aku tahu semua nie dugaan Allah. kan ibu? " opah tuh kua dari hospital sebab nak sedap kan hati anak cucu dia je tuh " hari ahad berlalu dengan cepat sekali, jam da dekat pukul 03:00. dari pukul 22:15 tadi kami sibuk atu siaran yang best best. astro opah aku nie sume channel ade bhaii, starmovie la itu la ini la. tapi kan. malam tuh opah masih terbaring. dah tak boleh solat macam dulu. mungkin, badan opah lemah sangat². masa opah masuk hospital hari tuh, opah kena serangan jantung. badan opah kurus sangat sangat. ramai yang jenguk opah, adik beradik ibu bergilir gilir jaga opah. siang malam di sisi opah, terutama sekali ibu. semua anak sayang kan ibu dyorang kan? " along! along! " nyaring kedengaran panggilan tuh, kuat mengetuk gegendang telinga aku. ya Allah, suara ibu! sempat lagi aku belek jam, masa tuh dah pukul 11:30. apek & e'one dah tak ada kat tempat tidur, kenapa keadaan jadi kelam kabut? aku melangkah ke ruang dapur, riak muka ibu dah lain sangat. aku nampak air mata ibu, opah dah terkulai dalam dakapan ibu. aku & ibu papah opah, berat sangat tapi tetap gagah sampai ke tilam. suara tok wie kedengaran, opah penat. aku diam. lepas ibu suruh aku ke rumah mak long sepupu ibu, ramai yang datang mengelilingi opah. aku jadi penyampai, semua adik beradik sepupu sepapat sanak saudara cucu cicit & jiran tetangga bergegas datang. opah berkali kali mengadu letih, mata opah dah layu. jantung aku berdegup perlahan, mata aku jatuh pada ibu. macam mana perasaan ibu kali nie? semua kelilingi opah. masa tuh, bacaan yasin kedengaran. di sahut dengan tangisan & sedu sedan, macam tuh juga aku. ibu masih kaku melihat & memaut tangan opah, aku tak fikir kan tentang ajal opah ketika tuh. ini kali pertama aku melihat keadaan macam nie, aku cuma andai kan yang opah cuma letih. tapi, bila keadaan makin rumit & kelam kabut aku jadi takut akan kehilangan. terbaring mengadu letih, opah yang baru saja selesai mandi & rambut yang belum di sisir rapi oleh ibu hampir tersengguk ke meja makan sebelum menjamah tepung beras. " ya Allah, kalau la ini takdir-Mu ya Allah. Kau ambil lah nyawa opah, aku tak sanggup melihat keadaan nya terseksa. tempat kan lah opah di kalangan orang yang beriman ya Allah " saat tuh, air mata aku berlinang mengenang kan opah. bila melihat ibu, aku makin sayu. mulut opah berhenti mengadu sakit, lalu di sebut nya Lailahaillallah berkali kali. pada ketika hembusan yang terakhir tuh, adik beradik ibu yang lain tak ada satu pun yang muncul lagi. yang ada cuma aku, ibu & adik adik. opah pergi meninggal kan kami pada mei 2, 2011 bersamaan 28 jamadil awal pada jam 12:15. saat tuh, keadaan jadi sunyi. yang ada cuma tangisan & sedu sedan, jenazah opah di mandi kan, di sembahyang kan & di kebumi kan pada hari tersebut gak. pada masa tuh, baru lah semua adik beradik sepupu sepapat sanak saudara cucu cicit yang lain sampai. mungkin ada yang terkilan sebab tinggal kan opah, tapi aku tahu nie semua takdir Tuhan. " kita nak raya dengan sape tahun nie? " tak ada lagi yang nak buat ketupat, tak ada lagi kelibat opah di tempat solat. dulu, masa opah sihat. opah selalu kejut kan ibu bangun solat subuh, sekarang tak kan kedengaran lagi suara opah. tak dengar lagi bacaan ayat suci Al-Quran pada waktu subuh & magrib. pergi nya opah, meragut seribu satu urat darah dalam hidup kami. namun, kami cuma mampu mengiringi opah dengan doa. Al-Fatihah. Labels: freaking awesome, kotak memori |
![]() |
|
0 Comment:
Post a comment