pecahkan muka kau kalau kau mahu
Posted on Monday, April 25, 2011 at 22:41
rahsia. kau ada rahsia? rahsia yang selalu kau akan cerita pada orang yang kau percaya, hingga akhir nya ia bukan lagi di panggil rahsia selepas terbongkar pecah di mulut. tapi sesetangah rahsia, akan kekal jadi rahsia.kekadang kau sendiri akan kata, dunia ini kejam terhadap kau. kau yang salah, kau salah percaya kan orang. kau bukan malaikat, kau bukan orang hebat. kau manusia biasa yang perhamba kan diri kau pada dunia, kau fikir kau mampu terus tersenyum sedang kan hati kau bagai binatang buas yang ingin mencari mangsa untuk mengisi perut kosong kau. kau pernah fikir tentang diri kau sendiri? yang kau tahu, kau cuma mahu memuas kan hati manusia sekeliling kau sedang kan mereka sendiri adalah pemangsa. kau tak cukup bijak nak atur hidup kau, kau tak punya keyakinan. kau lemah, tapi kau berlakon yang kau cukup kuat untuk menentang dunia. kau tahu maksud kehidupan? manusia yang telah melalui roda putaran hidup, mereka saja yang tahu makna kehidupan. kau kena sedar, yang kau adalah kau. kau tak perlu nak percaya kan orang lain sebelum kau percaya kan diri kau sendiri. kau belum cukup dewasa & hebat untuk menilai seseorang dari sudut pandangan kau sendiri. Labels: freaking awesome, randomly, surrounds |
![]() |
|
0 Comment:
Post a comment