selepas 119 hari
Posted on Tuesday, November 16, 2010 at 08:24

assalamualaikum, lama da kan aku menyepi? tak sangka pula sampai 119 hari, sebenar nya aku bukan menyepi tapi aku berada dalam dakapan yang betul² menenang kan perasaan aku yang dulu pernah berdarah teruk.

sekarang, aku makin dewasa. mampu memahami semua yang pernah berlaku di dunia belakang aku sebelum nie, aku cuma mampu tersenyum semasa menjawab soalan² mereka semua. aku dah tak nak menangis, aku dah tak nak jadi macam dulu. aku nak jadi fiefi, fiefi yang selalu ketawa & tak pernah rasa putus asa. kini, bila aku jatuh aku tahu ada yang mampu memaut tangan aku untuk terus bangun menghadapi cabaran & dugaan hidup. bukan mudah untuk aku menempuh hidup nie bersendirian, aku tahu aku mengkin agak berubah. jauh berbeza dari fiefi yang dulu. percaya lah, seseorang tuh tak mampu mengubah kamu tapi seseorang tuh la yang menyebab kan kamu mampu berubah.


percaya atau tidak, hati aku yang dulu selalu di pijak kini pulih. aku punya keluarga, walau pun aku tak selalu bersama dengan mereka setiap detik & ketika aku masih menyayangi mereka. aku anak sulung, aku ada tanggungjawab aku sendiri. aku nak bukti kan yang aku mampu berdikari. kisah yang pernah kami sekeluarga lalui dapat aku terima dengan redha hati walau pun agak perit, aku dah letih hidup susah. beul, hidup memang macam roda. senang susah tuh lumrah kehidupan tapi, pernah ke korang tengok perdana menteri kita susah tak ada duit? hha, ape yang aku merepek nie. tapi, betul. kalau aku berusaha, insyaallah aku mampu senang kan keluarga aku.

seseorang dalam kisah lalu aku pernah berkata " aku dah letih hidup susah, nie masa nye untuk aku senang kan keluarga aku. sorry la weiyh, aku tak ada masa dah nak main². cari duit, nombor satu bagi aku & cinta tuh nombor dua " ouh, dengan mendengar kata² tuh aku macam di bakar. oke, mula nye aku sendiri tak dapat terima tapi alhamdulillah akhir nye tuh jadi pegangan hidup aku. tapi tak lama, huuu. kehadiran seorang lelaki bernama amir ashraf moh yusoff atau amir nama manja nye, mengubah semua tuh. bukan ubah semua tapi sikit je. " aku dah letih hidup susah, nie masa nye untuk aku senang kan keluarga aku & diri aku sendiri. sorry la wieyh aku tak ada masa nak main². cari duit, nombor satu bagi aku & begitu juga aku mampu memberi peluang pada yang mencintai aku "


permulaan kami yang hanya sebagai kawan rapat, bertukar menjadi satu kenangan yang terindah bila aku nampak amir bukan plastik di depan mata aku. selama nie aku terkurung dalam plastik, plastik tuh buat aku nampak hodoh sangat. bila berkawan dengan amir aku rasa plastik tuh mula di tiup angin jauh melayang. puitis la plak aku pepagi buta nie, heeee. kehadiran amir buat aku rasa selamat, amir ada bila aku perlu kan. syukur pada Allah kami mampu bertahanhingga sekarang. hha, hubungan kami memang baru mula berputik. tak sampai 124 hari lagi, sekarang baru 119 hari :) tapi, rasa macam dah bertahun kami kenal.

29hb november nie aku dah nak daftar poly, politeknik seberang perai kos bisnes logistik & rangkaian bekalan. memang aku minat kos tuh, dengan azam selama 3 tahun tuh aku juga mampu menambah ilmu yang sedia ada. lepas diploma, rasa nya aku dah tak nak continue study sebab aku nak terus cari pengalaman kerja sambil kumpul duit. abah, abah dah ada sebuah fowarding company di penang. nie la masa untuk aku bukti kan yang aku juga mampu, RM 10,000 perlu aku kumpul untuk buka sebuah syarikat. dengan izin Allah, aku boleh! amir ada menyokong aku, doa ibu yang tak pernah putus² & sabahat² yang tak pernah lupa untuk menasihati aku :)

tak lama lagi aku perlu berdikari, kalau nak tahu aku bukan biasa berjauhan dengan keluarga aku. nie kali pertama, jadi aku harap aku boleh hadapi segala kemungkinan. kali nie, tak ada sesiapa yang boleh halang perjalanan aku. sebab aku betul² nak berjaya :) terima kasih sebab selalu ada bersama aku, terima kasih juga sebab sudi membaca. aku tak ada kelulusan tinggi untuk post satu penulisan blog yang terbaik, tapi aku ada rasa untuk mengarang sesuatu untuk di kongsi semua.

p/s aku berjalan mengundur ke belakang berteman kan tapak kaki aku sendiri sambil memandang dunia di hadapan aku, aku tak pernah lupa kan dunia di belakang aku sebab dunia di belakang aku yang buat aku berani berdiri lagi :)

from fiefi, with love

Labels: , ,

0 Comment:


Post a comment


« Newer Older »


TOP▲
© 2011-2013 F I E F I Z A I N I.
Design by L.O.V.E & Powered by Blogger.
Best viewed using Google Chrome with a resolution of 1366 x 667.