new episode with a new heart, maybe ....
Posted on Thursday, January 21, 2010 at 14:01



hye guys, follow my trip. let's go =)

around 06:00 aku dah bangun cergas berdiri di depan pagar rumah, maybe kaki dengan bahu sakit di sebab kan kecelakaan tapi hati masih tabah nak hirup udara pagi. ibu kata tak elok tido lepas solat subuh tuh, so sebelum berbunyi siren tuh baik aku bangun. ingat nak bersenam tapi kaki plak sakit, hha. mengadap langit je la.

riang tengok budak² tunggu van sekolah diorang, huh. seronok betul waktu macam tuh. sebelah kanan aku jiran married couple berbangsa india, peniaga borong dan ada sebuah kedai sendiri dah sekarang. sebelah kiri pula married couple juga berbangsa melayu, peramah suami isteri nie. berdepan dengan rumah aku rumah melayu juga, diorang jual burger but tak ramai datang beli. cuma kami yang berjiran nie je yang beli, sedap juga burger black pepper tuh =) rumah hujung, rumah daddy. cuma nama panggilan dia, seorang penjara penjara dan isteri dia eksekutif HR kat kilang.

tak ramai yang aku kenal, mata memandang sana sini. tangan terbelek² telefon bimbit, tunggu message dari dia tapi tak berbunyi langsung. ahh, mungkin dia sibuk sekarang nie kan. anyway, lepas jam 07:00 kawasan rumah lengang. diam sepi, tak bersuara. huu, siapa nak teman aku pagi² macam nie. aku bangun lalu cuba untuk berjalan, hha. seperti bayi baru belajar berjalan. tapi tak pe, aku dah biasa dengan patah riuk nie.

jalan untuk ke taman yang ambil masa cuma 2 minit dah jadi 10 minit untuk aku sampai, hha. asyik berpaut pada tongkat sakti je, tuh yang lambat. bila dah sampai, baru la rasa lega. dapat berehat dan udara betul² nyaman, rambut di tiup angin mendayu². hha, geli aku dengar. hha.

hari² yang bakal aku lalui mulai sekarang, bakal mempunyai character yang berbeza. episod demi episod aku hadapi dan kini aku dah tahu macam mana nak kawal keadaan, aku tahu aku akan berjaya walau pun semalam tak seindah hari ini. kaki tetap bengkak dek terseliuh, bahu tercalar tak terkata. hha, aku memang ganas. terima kasih encik tar kerana menggesek bahu ku sampai tercarik baju aku yang aku beli kat uptown. hha, tar memang cekap sebab makan bahu aku je. hhe.

p/s sakit pun kena update juga kan? hhu, thanks qeela for the spirit ;D

Labels:

0 Comment:


Post a comment


« Newer Older »


TOP▲
© 2011-2013 F I E F I Z A I N I.
Design by L.O.V.E & Powered by Blogger.
Best viewed using Google Chrome with a resolution of 1366 x 667.