kawan lama tetap adik kembar
Posted on Sunday, May 22, 2011 at 15:53

hari ini, bangun lewat lagi. tengok phone, tapi tak ade panggilan yang tak dijawab atau mesej dari hubby. semalam tidur pun agak lambat, azan subuh kedengaran baru aku dapat lelap kan mata. banyak perkara yang buat aku rasa tak boleh tidur, sigh.



nie Ana, Farhana Azman. kawan baik aku sejak tingkatan 4 lagi, erk. actually dari form one kitorang satu kelas, cuma masa tuh Ana nie pendiam sikit ==' ntah pape je, hee. kitorang aliran Bahasa Arab, agak muslimah lah pada nama nye. tapi pada pelajar nye langsung tidak, hha. kami satu kelas memang nakal, tapi rajin belajar.


so, aku dengan Ana get along well lepas aku tukar course untuk form four. masa tuh, kelas Murni aliran Bahasa Arab dah berpecah kepada kelompok kelompok kecil. tapi, hati kami tetap satu. tapi aku dengan Ana tetap berpecah sebab kelas Harmoni nie dwi-courses. Ana more into Biology, aku plak Account. nak di jadi kan cerita aku dengan Ana memang sumpah banyak persamaan, rugi sangat rasa nye kitorang tak rapat sejak form one T________T



macam best friend yang lain, kami pun selalu hang out. even, kami tak pernah nak berahsia. aku tahu, aku boleh harap kan Ana. dalam kelas, kami lah paling gila sekali. jangan di kata, apa kami nak semua ada. body guard, instructor, model, singer. sume nye ade, hha. tapi, kelas Kimia dengan Addmath memang kami tak gemar. boleh di kata kan, setiap kali subjek tuh kami berdua akan amek sekeping kertas putih & tulis apa yang kau nak cakap. hha, korang pun selalu buat macam tuh kan? hhe.


dari masalah cinta, duit, pelajaran & masa depan. semua nye kami kongsi, tak pernah aku terlepas satu bab pun dalam buku hidup Ana. aku ingat lagi, satu hari tuh badan Ana lemah sangat. sampai ke satu tahap, Ana muntah. masa tuh aku kolot lagi, tak bawa motor pergi sekolah. hha, jadi aku hantar Ana balik dengan motor cikgu. masa otw balik tuh, aku pecut laju gila di sebab kan aku tak nak Ana tambah sakit. kesian Ana, tapi tak semena mena aku nak potong lori satu tan terus muncul kereta proton wira. sumpah terkejut, tapi keadaan terkawal. hhe, start dari hari tuh. baru aku sedar, kau perlu jaga kawan kau tak kira lah dia muntah ke ape ke kau jangan tinggal dia. kalau kau tolong dia, makna nye kau lah kawan terhebat.

kau nak tahu, aku dengan Ana jarang turun lepak makan dekat kantin. nak tahu kami buat apa? hha, kuli batak lah bhaii! hha, tak ade lah. kitorang suruh je budak budak yang lalu depan kelas tolong beli kan. sumpah aku malas nak turun bhaii. kemudian bila waktu cikgu ganti, pintu belakang kelas mesti terbuka luas. hha, apa lagi beb. keluar pintu belakang la.

haa, satu lagi. kelas kitorang kat belakang sekali tak ada tingkap. semua nye kena pecah, bila sport check mula la menggelabah. lari ikut tingkap tuh. sembunyi. nie lah istimewa nye, kat sebelah sana umpama koridor yang tak berdinding. boleh pulak masa tuh aku dengan dyorang yang lain merangkak ke kelas depan sana. hha, terkejut kan?

wahh, teringat pulak zaman tuh. zaman minah rempit, hha. Ana accident, teruk gak tapi tak pada aku sebab aku lebih teruk. hhe, luka tuh atas pada pipi Ana. dah dekat sangat dengan mata. nak di jadi kan bahan, dua hari lepas tuh ade sesi photography untuk kelas. hha, sumpah kelakar masa tuh. susah payah lah kitorang touch up muka Ana supaya tak nampak parut tuh. tapi last, nampak gak. aduhai, hee.

hha, nie lah antara kenangan aku dengan Ana. tak kisah siapa yang menghalang atau menghilang kan diri, aku dengan Ana dah macam adik beradik.


Ana, kau tahu kan yang aku ada untuk kau sebagai sahabat mahu pun seorang kakak. aku rindu waktu kita selasu kena marah dengan Ustazah Hamidah sebab lambat nak hafal surah. kita kan  taiko kat sekolah, kau jangan lupa, kau bukan ade aku sorang. kita ramai, ramai adik beradik. yang lain masih rindu kan kau, rindu kan gelak ketawa bodoh kita berdua. bak kata hubby aku, jangan pernah berubah sebab kau adalah kau.  orang sayang kan kau kerana kau. ingat Ana, jangan lupa kan kenangan kita. adik beradik kita nak sangat jumpa kau :)

Labels: ,

0 Comment:


Post a comment


« Newer Older »


TOP▲
© 2011-2013 F I E F I Z A I N I.
Design by L.O.V.E & Powered by Blogger.
Best viewed using Google Chrome with a resolution of 1366 x 667.