te echo de menos
Posted on Thursday, February 11, 2010 at 22:10
kalau korang tanya pada aku apa yang nak aku cerita kan sebelum aku tidur, mungkin aku akan cerita kan tentang kisah sebuah keluarga yang tabah lalui liku kehidupan kisah bermula dengan sebuah keluarga yang sederhana, di kurnia kan 4 orang anak. perubahan demi perubahan yang berlaku dalam keluarga tuh, macam roda kehidupan. sekejap di atas dan sekejap di bawah. si ayah berkerja dari seorang DJ kepada seorang ahli koprat yang berjaya manakala si ibu pula berkerja kilang lalu berhenti selepas melahir kan anak pertama keluarga tuh harmoni, indah tak terkata sehingga ada yang cemburu. namun, tak selalu nya indah. muncul orang ketiga keempat dan seterus nya untuk memusnah kan keindahan panorama dunia, hakikat nya sudah tertulis hubungan keluarga tuh tetap kukuh. anak² mula melalui onak duri, kebahagiaan tak kekal lama bila salah seorang tersalah langkah. hidup mereka bagai kan pelarian, mengejar duniawi bukan suruhan allah. senyuman berganti senyuman lalu kehidupan mereka seperti bersilih ganti dengan hari² sebelum. keluarga harmoni tadi seperti kembali pada waktu sederhana dulu, ujian demi ujian mereka lalui tak kira usia. kritikan masyarakat membakar jiwa si anak, hati memberontak namun lebih senang berdiam diri. sehingga sekarang, dunia mereka umpama dalam terowong. bermula di garisan gelap gelita tanpa cahaya dan mungkin suatu hari mereka akan sampai ke hujung jalan terowong tuh, tuhan maha adil bukan? p/s jangan la selalu kamu menangis bila kamu kesusahan, ibu kata tuhan beri kan ujian mengikut kemampuan kita Labels: kotak memori |
![]() |
|
0 Comment:
Post a comment