heart like a giant sportlight
Posted on Tuesday, January 19, 2010 at 23:53

ouh, hati bagai terusik dengan melihat orang tua yang buta ingin melintas jalan tanpa seorang manusia pun yang mahu menolong dan hanya mampu menonton kebodohan si buta. aku terpaksa memaki hamun manusi² yang hanya terkial² melihat orang buta tuh yang teragak² untuk melintas, biar kan apa saja yang mereka nak balas. aku sanggup terima walau pun di tampar sekeras² nya, yang pasti aku dah bantu atuk tuh.

tak sampai 20 langkah kaki ke seberang jalan, atuk tuh menanya kan nama aku dan aku hanya mampu mengata kan 'fie' sebab hati aku terlampau terusik melihat orang yang buta mengalir kan air mata. mungkin sudah lama dia berada di tepi jalan tuh untuk menunggu manusia membantu nya. aku tanya kan tempat tinggal nya agar boleh aku hantar dia pulang dengan selamat walau pun hanya dengan berjalan kaki tapi dia hanya mengucap kan terima kasih dan di balas senyum dengan doa, dia terus beredar dari situ.

hha, aku menangis sebab tak tahu di mana rumah atuk tuh. aku berjalan pulang lalu nampak seekor kucing yang betul² kurus datang mengiau dan bermain² di tepi kaki aku, aku masih terfikir kan atuk tuh. kenapa dia tak nak aku bantu dia untuk pulang terus ke rumah? ahh, mungkin sudah dekat. aku biar kan lalu pergi dengan perasaan bercelaru memikir kan masalah pagi tadi, sudah lah!

bila tiba di rumah, hiruk pikuk manusia semua nya bagai terhenti. aku terlelap dan bila terjaga baru aku sedar yang aku masih di dunia nyata sebab masih kedengaran hiruk pikuk tuh, hha. hati aku masih berceramuk dan lalu aku beredar dari rumah tanpa berkata sepatah pun pada ibu abah, taman kanak² jadi pilihan aku untuk lupa kan semua nya. walau pun tak jauh dari hiruk pikuk tuh tapi hati aku tenang melihat budak² bermain.

bila termenung, teringat kan atuk tadi, di mana agak nya dia sekarang? dah sampai rumah atau? ahh, aku biar kan dan aku harap ada manusia yang menolong dia. bagaimana kalau satu hari nanti aku jadi macam tuh? ada yang nak menolong aku atau nak biar kan aku? hha, biar tuhan yang jawab soalan tuh. aku redha dengan semua nya. simpati manusia hanya akan ada bila di balas dengan wang ringgit kan?

kenapa perlu aku hadapi semua nie? di tipu tanpa sebab. di benci tanpa memikir kan hati aku. di maki tanpa usul periksa dan di perbodoh kan tanpa sebarang kesalahan. aku pelik, kenapa orang yang baik tak di balas dengan baik? kenapa yang jahat juga mendapat kemewahan? sedang kan aku tak pernah nak berlaku jahat pada sesiapa, aku tahu aku tak sebaik malaikat tapi aku tak sejahat syaitan!

salah kah aku sebagai manusia untuk melakukan kerja aku sebagai manusia yang hanya mahu kan balasan yang sama dengan apa yang aku beri kan, hha. dah la, sudah cukup kalau mereka semua memahami apa sebab nya aku berada di sisi mereka. seandai nya aku tersalah, maaf kan aku dan tolong beri kan aku ruang untuk mula kan hidup baru dengan apa yang aku suka.

p/s kenapa semua nya tak menyebelahi aku?

Labels:

0 Comment:


Post a comment


« Newer Older »


TOP▲
© 2011-2013 F I E F I Z A I N I.
Design by L.O.V.E & Powered by Blogger.
Best viewed using Google Chrome with a resolution of 1366 x 667.